Aaron Aziz Menang PPMH Jejaka Kacak & Hot Papa

Sunday 29 January 2012

 
Tahniah buat pelakon pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu, Aaron Aziz  kerana membawa pulang dua buah trofi pada malam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2012 di sini, malam Sabtu. Aaron menerima anugerah Selebriti Kacak dan Hot Papa sementara bagi kategori wanita dimenangi oleh Pelakon Rozita Che Wan. Pelakon, Norman Hakim juga turut membawa pulang dua buah trofi apabila dipilih sebagai pemenang anugerah Artis Duda Hot dan Artis Lelaki Seksi. Majlis berlangsung di Kompleks Karangkaraf, Seksyen 15 Shah alam. Pihak PPMH 2011/12 juga turut menobatkan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam dengan anugerah Khas Media Hiburan selain Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza menerima anugerah Artis Ikon.
Selain Yusof dan Siti, Yuna turut diberikan Anugerah Harapan pada malam itu.

Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Penakut itu tidak hadir kerana sibuk dengan majlis raptai Anugerah Juara Lagu ke-26. Antara pemenang lain adalah Nora Danish (anugerah Janda Hot), Shahiezy Sam (anugerah Artis Favourite) dan Fazura (anugerah Artis Seksi). Acara gemilang itu dihoskan oleh Nabil Raja Lawak dan Dira Abu Zahar.

Sebanyak 18 anugerah dipertandingkan pada malam itu dan pemilihan pemenang dibuat berdasarkan undian sepenuhnya daripada peminat. Pada majlis tersebut juga turut diserikan dengan persembahan daripada artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Stacy, Nubhan, Akim, Adira, Awi Rafael, Dafi, Amir Jahari dan Nubhan.

Antara artis yang hadir memeriahkan majlis adalah Nora Danish, Tam Suhaimi, Rozita Che Wan, Rosyam Nor, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Syamsul Yusof, Dynas, Fazura, Irma Hasmi, Hans Isaac, Izreen Asmindar, Memey Suhaiza dan ramai lagi.

Anugerah PPMH yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 ini bertujuan untuk menghargai golongan artis dan selebriti yang mewarnai dunia hiburan tanah air.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah PPMH 2011/12

1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza
2. Anugerah Harapan - Yunalis Zarai
3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahiezy Sam
4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi
5. Anugerah Duda Hot - Norman Hakim
6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish
7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz
8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan
9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz
10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain
11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy
12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah
13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fauziah Gous
14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi
15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira
16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim
17. Anugerah Seksi (Wanita) - Fazura
18. Anugerah Khas Media Hiburan - Datuk Yusof Haslam

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...