Ada Apa Dengan 'The iPad'

Sunday 18 March 2012


Ada Apa Dengan 'The Ipad'

Penggila kepada teknologi gadget memang sedang dilanda satu wabak demam dengan pelancaran iPad3 (16 Mar 2012) - Oh, versi terbaru ini diberi nama "The iPad" dan bukanlah ikutan dari versi iPad sebelum ini, iPad2.
Apa hebatnya The iPad berbanding versi sebelumnya?
Skrin Layar yang lebih tajam
Kualiti gambar yang lebih tajam dari HDTV dengan retina display 2048 x 1536 pixels--setara dengan 3,1 juta pixels, serta kamera 5MP dengan auto-exposure dan auto-focus. Lihat perbandingannya:
iPad 2 vs The iPad
Ketajaman skrin layar The iPad juga diuji oleh Lukas Matis, seorang mahasiswa Computer Science di ETH, Zurich dengan cara melihatnya di bawah mikroskop, semestinya anda tahu bagaimana Mikroskop melakukan kerja ya. Hasilnya boleh dilihat seperti yang berikut (merupakan bukti hebatnya The iPad ini).
Prosesor
Prosesor The iPad A5X sementara iPad2 masih A5
Prosesor yang lebih pantas dengan A5X yang menggunakan quad core graphics. Semestinya prosesor terbaru ini menyokong penghasilan gambar yang lebih baik.
Dimensi
The iPad lebih tebal dari versi pendahulunya, Dimana iPad2 berukuran setebal 8,8mm manakala The iPad pula adalah 9,4mm.
Connectivity
IPad baru juga menawarkan ciri-ciri sambungan LTE untuk 4G rangkaian selular.

64 GB Wi-Fi 3G = US$829. Oh hebatnya, Dengan teknologi LTE maka proses loading laman web jauh lebih cepat. Dan, tidak perlu menunggu untuk membuka fail video dari internet kerana dengan apps Verizon, proses menggunakan 'tethering'.

Tethering ini boleh menukar sambungan internet menjadi Wi-Fi hot spot. Maknanya, laptop atau gadget lain yang berada di sisinya boleh menikmati kelajuan sambungan yang sama (dipetik dari AT & T).

Namun, iPad2 juga boleh melakukan Wi-Fi hot spot cuma ia berbeza dari segi kelajuan kerana The iPad lebih laju berbanding iPad2.

Mengenai harga, Apple juga memberikan kadar yang kompetitif. Perbezaan harga iPad 3 tak terlalu besar berbanding dengan sebelumnya. 16 GB Wi-Fi = US $ 499 dan yang paling baik adalah US $ 830 (64 GB plus Sambungan via sim card).

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...