Tahniah! Adik Siti Nurhaliza, Siti Saerah Bersalin Anak Kedua.

Sunday 18 March 2012


Tahniah diucapkan kepada adik penyanyi nombor 1 negara (Siti Nurhaliza) iaitu Siti Saerah kerana mendapat cahaya mata kedua tepat jam 7.55 petang di Hospital Besar Kuantan. Anak kedua saerah ini berjantina lelaki.

Saerah bersalin secara normal dengan ditemani oleh suami tercinta. Kakaknya, Saida yang dihubungi melahirkan rasa syukur dan gembira.
 
"Alhamdulillah Saerah selamat bersalin anak kedua. Pastinya selepas ini bertambah lagi tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Pesan saya, kuatkan semangat dan ingat pengorbanan ibu menjaga anak-anak. Berikan dan curahkanlah sepenuh kasih dan sayang kepada anak-anak seperti mana ibu dahulu membesarkan kesemua anak-anaknya," kongsi Saida gembira.

Terlebih dahulu Saerah dimasukkan ke hospital tepat jam 3 petang dan berada di bilik bersalin hampir empat jam. Selain Saida, turut berada di hospital adalah ibu dan adik-beradik lain kecuali Dato' Siti dan Ayie. ~ MH

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...