Asal Aaron Aziz Dalam Dunia Hiburan, Ikat Perut Kerana Tidak Berduit

Tuesday 10 April 2012


Aaron aziz hari ini sudah cukup dikenali di pelusuk Malaysia sebagai seorang Bintang Paling Popular  yang baru dimenanginya beberapa hari lepas.  Tapi betul kata orang, setiap kejayaan tentulah ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi mengejar cita-cita. Tak terlepas juga jejaka tampan kelahiran singapura ini, Semasa awal kemunculannya, hidupnya tersangatlah susah namun semua itu tidak menjadi penghalang demi mengejar cita-citanya sebagai seorang pelakon.

Aaron Aziz tidaklah mengejar populariti tetapi sekadar mencari rezeki untuk menyara keluarga dengan cara itu, Namun apa yang diperolehinya sekarang merupakan rezeki yang melimpah dari Allah s.w.t.

Ini adalah bagaimana bermulanya seorang 'Aaron Aziz'.
"Di awal kemunculan sebagai pelakon di Singapura, saya masih belum mampu menarik nafas lega. Jika produksi Malaysia menyediakan makan untuk artis dan kru, berbeza pula dengan produksi Singapura ketika itu, makan tidak disediakan. Apabila tiba waktu makan, produksi akan berhenti dan pandai-pandailah mencari makan. Ada masa saya terpaksa ikat perut sebab tidak berduit. Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyanah Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta."

Duit belanja untuk isteri dan anak tidak seberapa ditinggalkan. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam Ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit. Bagaimanapun, berkat kesabaran saya dan isteri, akhirnya kehadiran saya mula diterima. Saya masih ingat drama Emil Emelda menaikkan nama saya sehingga diterima hari ini. Saya terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima, mereka adalah insan yang memberi ruang mengembangkan bakat saya di Malaysia. Inilah dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang kemudian.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...