Jangan Ambil Padang Kami Episod 1 Tonton Online

Wednesday 11 April 2012


Mengisahkan konflik dan cabaran hidup yang dilalui tujuh sekawan dalam menyelamatkan padang mereka daripada dibangunkan oleh pihak berkuasa. Jangan Ambil Padang Kami diarahkan oleh Joeza Rasidi itu mengangkat isu pentingnya sesebuah padang dalam institusi perumahan dengan memberi gambaran kehidupan sebenar yang dilalui oleh penduduk flat dan setinggan terutamanya.

Dibintangi oleh Beto Kusyairy, Shera Aiyob, Izreen Azminda, Naim Danial, Syazwan Zulkifly dan Izzue Islam, saksikan satu pengembaraan di kalangan tujuh sahabat ini untuk menyelamatkan padang tempat mereka berkumpul. Sama ada mereka berjaya atau tidak bukan jadi persoalannya, tetapi yang paling penting ialah perjuangan dan pendirian mereka.

Ini padang kami.
Ini tempat kami bermain bola.
Padang ini identiti kehidupan kami.
Kalau ia dimusnahkah, di mana lagi kami mahu pergi.
Setiap episod bakal diselitkan serba sedikit tentang kehidupan susah senang di flat mereka.

{ 1 comments... read them below or add one }

Pokok Manggis Depan Rumah said...

best citer ni..
Pokok Manggis Depan Rumah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...