Jidin Sengal DVDRip Tonton Online

Thursday 12 April 2012

JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Sejak kecil, Jidin meminati bidang lakonan. Ini kerana teman baiknya, yang juga ‘cinta hatinya’ Piah merupakan seorang pelakon pementasan sekolah yang terkenal di kampung mereka. Pada masa yang sama, kampungnya juga sering dikunjungi oleh produksi-produksi yang datang membuat penggambaran di rumah-rumah kampung di situ. Jadi tidak hairanlah jika Jidin membesar dengan cita-cita untuk menjadi seorang pelakon popular.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama.

Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian.

Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”. Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.

Amy (lakonan Jue Aziz) bekerja di dalam bidang produksi sebagai seorang pembantu pengarah, Amy seorang yang berpewatakan tegas dan bersifat tomboy, walaupun rupa parasnya sebenarnya cantik dan comel. Dia bagus dalam menjalankan kerjanya, dan tidak menerima apa-apa kerenah merepek dari sesiapa pun. Pada mulanya membenci Jidin, kerana satu insiden yang berlaku pada pertemuan pertama mereka. Tetapi lama-lama dia menyedari keihkhlasan Jidin, dan mula jatuh hati padanya, dan pada masa ini terserlah sifat lembut dan kewanitaan Amy.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...