Kasihan, Amir Raja Lawak Serik Dipermainkan Wanita

Monday 2 April 2012


Pelawak yang cukup dikenali dengan loghat kelantan, Amir Raja Lawak membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.
 "Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.

"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai. Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.

"Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya. Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini," tegasnya.
Kepada Amir, Sabarlah ya. Mungkin ada jodohnya nanti. Apapun Mir, I'm sorry!!.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...