Khairul Fahmi Che Mat Secara Rasmi Sudah Putus Dengan Dahlia Teck!

Saturday 14 April 2012

Info dari URTV telah mengesahkan khairul fahmi a.k.a Apex kini sudah kembali berstatus single setelah bekas kekasihnya, Dahlia teck tidak lagi bergelar teman wanita Apex dengan erti kata lain mereka telah putus dengan rasmi.So kepada sesiapa yang meminati Apex, ada peluang untuk anda!! heh

apek putus dahlia teck

Kata Apek kepada wartawan URTV:-
Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan.
Apabila ditanya adakah punca perpisahannya dengan Dahlia Teck kerana kewujudan orang ketiga, Apek berkata:-
Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta.
Dan ada berita baik untuk peminat bola sepak Malaysia, dengan tamatnya kisah cinta Apek dan Dahlia Teck, kini Apek berkata yang dia akan memfokuskan 100% kepada kerjanya sebagai penjaga gol. Semoga prestasi Apek selepas ini akan lebih meningkat sekaligus menaikkan ranking pasukan bola sepak Malaysia yang merudum jatuh baru-baru ini. Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...