Mat Haron, Adakah Nama Sebenar Aaron Aziz! WTF April Fool!

Monday 2 April 2012


Berdentum sebentar dunia hiburan apabila IC atau kad pengenalan pelakon tersohor, Aaron Aziz tersebar. Gambar Aaron Aziz semasa muda remaja ini dilihat agak lucu, Mungkin ini dibuat menggunakan photoshop oleh individu yang mahu membuat April fool khas untuk hero pujaannya itu.

Lantas, Portal Murai dengan pantas mendapatkan komen isteri Aaron Aziz iaitu Diyana untuk mendapatkan kepastian berkenaan hal ini. Ternyata nama Mat Haron adalah palsu semata-mata. Kata Diyana:-
Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan. Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam. Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya.
Kepada yang memulakan isu ini, Anda seharusnya diucapkan tahniah kerana berjaya bikin kecoh dunia hiburan dengan lawak April fool anda ini. Memang lawak la sangat, Tapi ini memang boleh buat para peminat Aaron Aziz naik hangin !!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...