Gambar Rompakan McDonald Di Puncak Alam

Monday 2 July 2012

Rasanya Malaysia masih lagi di bawah kawalan keselamatan yang baik dari pihak polis. Cuma sebagai rakyat Malaysia kita perlu sentiasa berhati-hati terutamanya jika berada di kawasan yang boleh terdedah kepada bahaya seperti jalan sunyi, kedai yang tidak ramai orang terutama pada waktu malam dan sebagainya. Terdapat satu kejadian rompakan yang mana ia berlaku di McDonald Puncak Alam.


Ia merupakan berita yang menggemparkan dimana insiden rompakan yang berlaku pada pagi 1 Julai 2012. Menurut mangsa, rompakan dilakukan oleh 5 orang perompak bersenjatakan parang dan mereka merampas laptop serta harta benda pelanggan dan juga mesin wang di Mcdonalds.


Penjenayah memakai topi keledar jadi sukar untuk mengenal pasti wajah penjenayah tersebut. Saksi berkata penjenayah menggunakan kereta Proton Satria hitam yang bernombor WHU 3832. Kalau ada ternampak tu sila laporkan segera kepada polis. 2 pelajar perempuan masih trauma akan kejadian rompakan itu. Walau bagaimanapun tiada kemalangan nyawa dilaporkan. Via

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...