Sudahlah Dicabulnya Bini Orang, Berlagak Samseng Pulak Lepas tu!

Friday 13 July 2012

KUALA LUMPUR - Hanya kerana mahu menegakkan keadilan selepas isterinya diraba dan cuba dirogol, seorang peniaga bukan saja dicabar supaya membuat laporan polis malah turut bergaduh dengan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan itu dalam kejadian di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi kelmarin itu, mangsa yang berusia 40 tahun dicabar lelaki terbabit agar membuat laporan polis dan mahu melihat tindakan polis terhadapnya selepas perbuatan terkutuk terhadap isteri mangsa.
Gambar sekadar hiasan

Menurut sumber polis, mangsa hanya mengetahui isterinya dicabul lelaki terbabit pada awal Jun lalu selepas melihat wanita itu sentiasa termenung.

Katanya, selepas mengetahui perkara itu, mangsa mencari lelaki yang dimaksudkan isterinya dan berjumpa dengannya di Kampung Baru, kelmarin.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...