Azwan Ali Di Gam Oleh Astro, Kasihan!

Tuesday 17 January 2012

Mungkin ramai yang tak berapa suka dengan Diva Azwan Ali yang kononnya bajet bagus ni  tapi kadang-kadang ada juga benda yang dikeluarkan Azwan Ali buat melarang suka. Tapi ni dah tahap melampau bila cakap mencarut kat orang lain.
Siapa yang tidak kenal dengan Diva yang bermulut laser ni, Azwan ali yang kita dah tahu tahap laser mulutnya sehingga berani untuk mengatakan apa sahaja yang dimahukan lagi-lagi ketika berada dalam laman twitter. Baru-baru ini Azwan Ali ada membuat satu perkara yang cukup membuatkan dirinya di gam oleh pihak Astro. Pernah kami terbaca tweet Azwan Ali yang menggunakan perkataan mencarut kepada Saiful sebaik sahaja Anwar dilepaskan dari tuduhan liwat. Nampaknya periuk nasik Azwan Ali sudah mula ditutup.

Khabar terbaru yang masih belum di’sahkan oleh pihak yang terbabit mengatakan Astro telah pun mengambil tindakan gam terhadap Azwan Ali kerana kenyataan beliau yang berbaur sinis dan celupar yang di’tujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad baru baru ini.

Bukan itu sahaja, Telefon Bimbit Azwan ali juga turut dirampas kerana dituduh mengugut seseorang yang sering terlibat dengan hal kontroversi politik beliau.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...