Showing posts with label gosip artis. Show all posts
Showing posts with label gosip artis. Show all posts

Nazim Othman Dihentam Kerana Tweetnya Tentang Keusangan UKM

Friday, 20 July 2012


Nazim Othman Kata UKM Usang? Pelakon Nazim Othman dihentam gara gara menulis di twitternya mengenai UKM di sifatkan usang.
 
Pelakon Dejavu di Kinabalu Nazim Othman dihentam gara gara menulis di twitternya mengenai UKM yang disifatkan sebagai usang dan macam rumah hantu.

Nazim Othman tiba di UKM pada awal pagi untuk membuat pengambaran di situ, jadi dia menulis mengenai suasana di situ ketika itu, tetapi ada pihak yang tidak senang dan salah faham dengan ayat Nazim dalam twitternya.

Nazim menjelaskan dia nampak bangunan usang semasa dia tiba di awal pagi dan susana amat lengang seperti tiada orang di situ persis rumah hantu.
Usang sangat ke ukm tu? hehe..


Namun, Nazim Othman telah pun memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kata-katanya. Yang penting, Nazim Othman tidak berniat langsung untuk mencari publisiti murahan menerusi tweetnya itu.


More aboutNazim Othman Dihentam Kerana Tweetnya Tentang Keusangan UKM

Johan As'ari Bercinta Dengan Nabila Huda, Luah Perasaan Di Twitter!


Oh bukan kali pertama pasangan ini di’gossipkan bercinta & bersempena dengan sehari sebelum puasa, suka untuk kami mengusik lagi status hubungan mereka. Heh.

Sekitar jam 3.00 pagi tadi, Johan As’ari melalui Twitter beliau menulis bait bait puitis yang di’sertakan nama Nabila Huda dan kami tidak rasa ia’nya sekadar tulisan.

“Aku ‘kan menjaga mu di seluruh hidup ku, dia yang selalu mengajar ku erti cinta, dia yang selalu menerima kekurangan ku,” tulis Johan As’ari yang memiliki 200,000 pengikut.

Adakah ini merupakan gimik untuk karya lakonan bersama mereka tetapi tidak pula kami dengar sebarang berita tentang kolaborasi pasangan ini — atau memang mereka bercinta? Rotikaya








More aboutJohan As'ari Bercinta Dengan Nabila Huda, Luah Perasaan Di Twitter!

Aaron Aziz Gembira Jumpa PM, Bakal Sertai UMNO Ke?

Thursday, 19 July 2012

"Bertuah sangat dapat bertemu PM kita. Cool tengok baju apa saya pakai. He he," ujar Aaron Aziz mengenai gambar terbarunya bersama PM yang memberi semangat.

Yalah... mana tak bersemangat, Aaron kan baru sahaja jadi warga negara Malaysia. Kira daripada Lee Hsien Loong, kini dia mempunyai Perdana Menteri baru iaitu Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak... mana tak bertuah!

Pasal join parti tu kami tak tahu yea, pandai-pandailah. :D



More aboutAaron Aziz Gembira Jumpa PM, Bakal Sertai UMNO Ke?

Ning Baizura mengamuk di Twitter kerana PAS.

Wednesday, 18 July 2012

Artikel by ehgosip
PAS.
PAS = PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

Hari neh Ning Baizura mengamuk kerana PAS. Nak tahu kenapa?

Meh tengok bawah neh jap ;





Kata Ning Baizura ;

PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi gambar !

Jangan cakap mengarutlah PAS

Sebelum neh bermula apabila tersiarnya satu posting mengenai Ning Baizura akan menyertai PAS. Sila rujuk sini dan disini.

Sebenarnya tak salah pun kalau Ning Baizura nak marah. Yelah tiba2 dia dikatakan nak masuk Pas padahal dia bukan nak masuk PAS pun. Tapi apa salahnya kalau dia perjelaskan bahawa kenyataan Salahuddin Ayub tue tidak benar instead "meroyan" di twitter.

Bukan apa, kadang2 kita terlalu meroyan sampai "terlupa diri". Bila dah jadi macam tue kang apa yang kita nak sampaikan tue orang tak nampak, tapi orang akan nampak benda yang kita tak tersengaja tersampaikan.

So, kalau dalam hal neh kesilapan berpunca dari Salahuddin Ayub, maka kita berharap Salahuddin Ayub akan buat kenyataan maaf dan membetulkan apa yang salah.

Walaupun sebenarnya Salahuddin Ayub hanya menyebut bakal masuk PAS, bukan benar2 dah masuk PAS kan. Tapi mungkin ada yang tak faham dan tersalah faham so eloklah buat kenyataan susulan betulkan apa yang tak betul disitu.

Kalau tidak, mao nya Ning Baizura bercakap pasal syurga dan neraka pula. Almaklumlah sebarkan fitnah tue kan berdosa dan bukan perangai orang islam kan? Heh. Bai.

More aboutNing Baizura mengamuk di Twitter kerana PAS.

Seorang Lagi Artis Sertai PAS, Yatt Hamzah.

Tuesday, 17 July 2012



Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor semalam. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor.

Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. 

CTS tidak mengenali sangat artis ini atau apa saja kisah silamnya dan CTS mengalu-alukan tindakan beliau untuk memakai tudung. Tentang perjuangannya di dalam PAS, itu adalah hak beliau. Cuma CTS minta, janganlah menjadi seperti Abby Abadi.

Selepas memakai tudung dan menyokong perjuangan PAS, beliau berdiri di pentas-pentas ceramah dengan mengkritik dan menghina Kerajaan yang sedia ada. Beliau sahajalah yang betul dan ilmu Agama beliau sajalah yang tinggi.

Contohilah Anna Raffali, walaupun beliau sudah berumahtangga dan memakai tudung, tidak ada satu kritikanpun beliau lemparkan kepada sesiapa dan mendabik dada bahawa beliau seorang penganut Islam yang sebenar. via -Cucu Tok Selampit


More aboutSeorang Lagi Artis Sertai PAS, Yatt Hamzah.

Terkini! Abby Abadi Sahut Cabaran AC Mizal Untuk Berdebat.

Friday, 13 July 2012

Sebelum ini, AC Mizal dengan lantang telah 'menjemput' Abby Abadi untuk mengeluarkan hujahnya ekoran isu Abby Abadi yang mempertikai Tugas PDRM. Terbaru, Abby Abadi menyatakan yang beliau akan hadir ke debat tersebut berserta bukti dan mangsanya sekali.

Keberanian Abby Abadi ini menunjukkan yang sememangnya dia sangat-sangat serius untuk menegakkan pendirian dan kata-katanya.


More aboutTerkini! Abby Abadi Sahut Cabaran AC Mizal Untuk Berdebat.

Oh! Azwan Ali Mengatakan Adlin Aman ramli Pelawak Sampah!

Thursday, 12 July 2012


More aboutOh! Azwan Ali Mengatakan Adlin Aman ramli Pelawak Sampah!

Hish..Neelofa Photo Shoot Dedah Tubuh?

Cukup sekadar sampai dada je la ek..;)


More aboutHish..Neelofa Photo Shoot Dedah Tubuh?

AC Mizal Cabar Abby Berdebat Kerana Pertikai Tugas PDRM

Wednesday, 11 July 2012

Masih ingat lagi, mereka berdua adalah rakan baik yang tersangatlah rapat di dalam drama Gerak khas suatu ketika dulu. Kini, kerana mempunyai pendapat yang berbeza, Mereka cabar mencabar untuk berdebat.

Melalui Twitter, Dato AC Mizal baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan pertikaian aktress itu terhadap isu ISA & khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abby Abadi sebelum ini dilihat menyertai sebuah perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA dan memberikan ucapan menuduh kezaliman pihak polis di kem tahanan.

Antara kata-kata yang dilaungkan Abby seperti yang terkandung di dalam rakaman video (http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LX5Hw7LZrYg) ketika perhimpunan tersebut adalah;

"Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu .... dikira bershubahat.

"Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..

"Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu .... kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni ... maksudnya mendera tu ...semua MENTERI YANG SURUH ! Mungkinlah suruh ... tapi dia lebihkan lagi."


AC Mizal menulis Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM! yang kemudiannya dibalas Abby Abadi dengan mengatakan beliau tidak menyalahkan pihak polis.

More aboutAC Mizal Cabar Abby Berdebat Kerana Pertikai Tugas PDRM

Gambar Perkahwinan Suami Irma Hasmie Dengan Bekas Isteri Dahulu.

Ini adalah foto perkahwinan suami Irma hasmie dengan bekas isteri (perkahwinan pertama). Foto ini dipaparkan sekadar untuk berkongsi dan untuk pengetahuan sahaja. Tidak bermaksud untuk mengungkit atau mengambil tahu kisah lama suami Irma ini. Cuma ada beberapa pihak yang bertanya tentang hal ini kepada kami.

Semoga Irma Hasmie berbahagia selalu. Mungkin perkahwinan pertama suami Irma ini menemui kegagalan, dan pengalaman gagal dalam perkahwinan mematangkan fikirannya.

Kami doakan Irma sentiasa berbahagia dengan kehidupannya. Kepada pihak yang tidak selesa dengan artikel ini, kami meminta maaf. ;)



More aboutGambar Perkahwinan Suami Irma Hasmie Dengan Bekas Isteri Dahulu.

Sharifah Shahira Menyara Keluarga, Sementara Ijoy Tiada Tawaran Berlakon.

PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Shahira mengakui menanggung perbelanjaan keluarga memandangkan suaminya, Zulkifli Azhari, 38, tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon.

Shahira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 38, bagaimanapun berkata, dia tidak kisah dengan hal itu memandangkan suaminya mengambil tugas menguruskan rumah tangga mereka.

"Nak buat macam mana, pelakon lelaki semakin ramai, dah semestinya para penerbit memilih muka-muka baru untuk karya terbitan mereka. Mungkin kerana itu Ijoy sudah tidak lagi mendapat tawaran berlakon.


"Dan memandangkan saya pula mendapat rezeki lebih dengan tawaran berlakon serta mengacara yang datang bertubi-tubi, apa salahnya saya bekerja selagi diperlukan?

"Lagipun, kami tahu tanggungjawab masing-masing, dan saling membantu dalam setiap perkara," katanya.

Tambah Shahira, walaupun menanggung perbelanjaan keluarga, dia masih lagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam keluarganya itu.

"Walaupun sibuk bekerja, tidak bermakna saya boleh buat sesuatu perkara sesuka hati. Saya masih lagi menghormati Ijoy sebagai suami dan memasak buat seisi keluarga jika ada kelapangan," tuturnya.

Ditanya pernahkah dia dikritik gara-gara suaminya tidak bekerja, Shahira lebih senang bersikap tidak mengendahkan kata-kata negatif yang dilemparkan.

Malah, dia juga tidak membaca sebarang berita berunsur gosip terutamanya dalam pelbagai laman sosial di internet.

"Saya mengambil sikap tidak mengendahkan gosip-gosip atau kata-kata fitnah yang dilemparkan agar tidak timbul sebarang masalah dalam keluarga.

"Lagipun saya pun tidak mahu bercakap besar kerana kita tidak tahu perkara yang bakal terjadi pada masa akan datang nanti.

"Apa yang saya harapkan ialah agar kami sekeluarga bahagia sehingga akhir hayat, Insya-Allah," ujarnya.

Shahira dan Ijoy telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalin cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri 'Mat Despatch' suatu ketika dahulu.

Hasil dari perkahwinan itu kedua-dua mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5 dan Auddra, 3.

Mengenai perkembangan terbaru, Shahira bakal muncul menerusi program Jom Berbuka (musim ketiga) yang akan disiarkan pada bulan Ramadan ini setiap Sabtu dan Ahad pukul 6.30 petang.

More aboutSharifah Shahira Menyara Keluarga, Sementara Ijoy Tiada Tawaran Berlakon.

Isu Finaz Yunus Memfitnah Abby Abadi Di Facebook, Makin Panas!!

Tuesday, 10 July 2012

Heboh sekali apabila pembaca berita TV alHijrah, Finaz Yunus membuat satu kontroversi apabila dikatakan menuduh dan memfitnah Abby Abadi atas dasar politik. Dan akibat daripada tuduhan dan fitnahan itu, maka ramai orang tidak berpuas hati lalu menghentam pengacara itu dilaman sosial, sehinggakan dia sendiri menutup/deactive account facebook miliknya.

Mereka memprotes tuduhan Finaz itu sebagai tuduhan tanpa bukti. Dan fan page untuk Finaz meminta maaf terhadap Abby juga ditubuhkan.

Fuhh ramai sungguh penyokong inspektor Aleza ya. Itulah, sarang tebuan jangan dijolok, nama pun tidak sebesar mana, jangan main-main dengan api ya.

sekian.








More aboutIsu Finaz Yunus Memfitnah Abby Abadi Di Facebook, Makin Panas!!

Isteri Awal Ashaari, Scha Al-yahya Mengandung!


Ai awal betul scha ni mengandung, baru sahaja kahwin dah pun mengandung. Cekap betul Awal Ashaari yea. Tapi cepat pula perut Scha ni membesar, dan macam 5 bulan usia kandungannya. Walau apapun, Scha terlihat manis sekali dengan perutnya yang membesar itu, manis sekali.

Hah kalau anda nak tahu, inilah gambar Scha semasa melakonkan satu watak dalam satu drama. bukan apa, Mungkin inilah penampilan Scha nanti semasa mengandungkan anak mereka. Sungguh cute dan manis sekali. Nampaknya kita kena tunggu lagi lah berita dari awal mengenai Scha mengandung yea ;)

P/s : Jangan marah haaaa......lariiii~~

More aboutIsteri Awal Ashaari, Scha Al-yahya Mengandung!

Adiputra Kecil Hati Dengan Aaron Aziz Kerana Soal PR?


Umum mengetahui pelakon berbakat besar, Adi Putra masih menunggu keputusan permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) yang dimohonnya sejak enam tahun lalu. Tidak seperti rakan senegaranya, Aaron Aziz. Baru saja memohon pada Ogos tahun lalu, Aaron sudahpun menerima PR pada Jun lalu.

Ekoran dari perkara tersebut, timbul khabar angin kononnya Adi terkilan dan berkecil hati dengan Aaron. Berpeluang bertemu dengan pelakon KL Gangster ini di Majlis Pelancaran Filem Balistik, petang semalam digunakan GUA untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut.

“Saya tak rasa terkilan atau kecil hati sebab saya masih melaksanakan tugasan saya seperti biasa dan tak ada orang yang menghalang. Dari dulu saya tidak mempunyai sebarang kesukaran atau halangan untuk bekerja,” ujar Adi menepis dakwaan yang timbul.

“Saya tak ada masalah dan tak rasa secebis pun perasaan cemburu sebab setakat ini memang tak ada masalah yang timbul. Syukur, Alhamdulillah, saya tidak diganggu sepanjang 10 tahun saya menetap di Malaysia.”

Ditanya mengenai status permohonannya sekarang, Adi memberitahu, “PR masih belum dapat lagi. Saya tak boleh berkata panjang sebab itu adalah hak milik undang-undang, hak milik Kerajaan dan ia tak ada kena mengena dengan industri kita. Bagi saya, saya kena hormati akta itu. Saya juga perlu akur dan patuh mengikut prosedur.

Tambah pelakon Tentang Dhia ini lagi, “Saya ingin menegaskan, kes saya dengan Aaron berbeza. Walaupun kami satu warganegara, tapi kami berbeza kategori. Saya kes lain sebab isteri saya orang Malaysia. Jika suami atau isteri orang sini, layak untuk memohon PR paling minima adalah selepas lima tahun.

“Saya harus mengikut prosedur yang tertakluk. Saya tak boleh nak melanggar akta undang-undang Kerajaan sebab saya pun takut. Apa yang dikehendaki, saya ikut saja kerana saya perlu patuh undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan.

“Bagi saya, cepat atau lambat, tak ada masalah, cuma saya hanya perlu bersabar. Benda itu ikut nasib juga sebab berapa ramai yang mohon perkara ini,” ujarnya mengakhiri perbualan. Via

More aboutAdiputra Kecil Hati Dengan Aaron Aziz Kerana Soal PR?

Kisah Lampau Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie Dapat Perhatian


Sepanjang minggu ini, perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer memang menjadi topik perbualan hangat. Dan, pasti pengantin lelaki menjadi bahan bualan paling kerap.

Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah.

Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama.

Kami menerima e-mail tentang punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk kami ceritakan di sini untuk hiburan anda.

Cukuplah kami katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F pun sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Tidak salah sebenarnya untuk Irma Hasmie berkahwin dengan seorang duda & membuang ketepi masa silam suaminya yang kini mungkin sudah benar-benar berubah.

More aboutKisah Lampau Redza Syah Azmeer, Suami Irma Hasmie Dapat Perhatian

Akhirnya, Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu!


KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz yang dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin itu dibuat pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.


Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.


More aboutAkhirnya, Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu!

Kenyataan Terbaru Erra Fazira, Rumahtangga Retak Menanti Belah?

Monday, 9 July 2012


Jika sebelum ini, ada khabar angin yang mendakwa kononnya rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran sedikit bergoyang dan berjaya ditenangkan, namun kenyataan terbaru Erra lain pula ceritanya.

Kenyataan Erra seolah-olah mengiyakan spekulasi yang wujud hampir setahun lalu di mana mereka berdua didakwa tidak sehaluan lagi. Malah kenyataannya itu pada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini seakan bermaksud redha dengan apa pun situasi yang berlaku selepas ini.
“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Emran enggan mengulas lanjut maksud kenyataan Erra dan tidak mahu memberikan sebarang komen mengenainya apa yang tersirat.
“Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,” ujar Emran kepada media.
Kesimpulannya, apakah yang berlaku dengan rumah tangga mereka? Mengapakah di laman Twitter Erra dan Emran tiada lagi gambar mereka berdua ataupun bertiga bersama Engku Aleesya melainkan gambar perseorangan?

Benarkah hubungan mereka kini bagai retak menanti belah? Doa kita, semoga apa yang kusut dapat dipulihkan kembali demi anak kesayangan yang semakin membesar. Ingatlah... Islam tidak menggalakkan perpisahan kerana ia hanya akan mengakibatkan implikasi dan permasalahan yang lebih besar dikemudian hari. via

More aboutKenyataan Terbaru Erra Fazira, Rumahtangga Retak Menanti Belah?

Alahai! Comelnya Yana Samsudin Bertudung Labuh

Anda pernah lihat Yana Samsudin bertudung? rasanya impian anda melihat Yana bertudung mungkin terlaksana hari ini. Yana Samsudin yang kita tahu memang terserlah kecomelannya semasa berlakon, ingat lagi dengan watak siti kelembai yang dilakonkan oleh yana ni, apatah lagi mengenakan fesyen bertudung. tudung labuh pula tu. Sempat lagi bergambar dengan Nora Danish yang juga bertudung.

Dan pastinya ini semua adalah babak dalam sebuah filem 2 Kalimah yang masih dalam proses pembikinan. Hero dalam filem ni, Shaheizy Sam la sapa lagi.. -gambar MIG


More aboutAlahai! Comelnya Yana Samsudin Bertudung Labuh

Kasihan Nabil Bila Dibandingkan Dengan Suami Irma Hasmie!

Wednesday, 4 July 2012


Kesian dengan pelawak dan juga Deejay suria FM, Nabil kerana dibandingkan dengan suami bekas kekasihnya iaitu Irma Hasmie. Apa tidaknya, agak ramai juga yang cuba membandingkan suami Irma Hasmie dengan Juara Raja Lawak Musim 2 tersebut. Tidak kurang juga yang mendakwa suami Irma Hasmie jauh lebih baik daripada Nabil.

Nabil pula memberi respon positif apabila ditanyakan mengenai hal ini kerana baginya sekarang, kebahagiaannya adalah bersama isterinya yang tercinta.
"Saya rasa, ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada saya kerana saya sudah lama tiada kena mengena dengan kehidupannya. Lagipun, saya punya keluarga saya sendiri.

"Jika benar seperti dakwaan orang itu, baguslah untuk Irma dan sebagai orang yang pernah mengenali dirinya saya doakan semoga dia bahagia dan cepat-cepatlah timang cahaya mata," katanya yang telah pun mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya, Nazirah Ayob sejak setahun yang lalu.
Nabil dan Irma sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun bersama, namun cinta mereka putus di tengah jalan.

Nabil yang hanya terima apa jua pandangan yang diberikan terhadap dirinya berharap pihak yang bijak menilai dirinya itu akan dapat memberikan tunjuk ajar kepada yang lain supaya menjadi lebih baik.
"Saya rasa, kalau pihak tersebut boleh menilai diri saya sudah tentu dia seorang yang sangat bagus. Jika begitu, saya rasa lebih baik dia ajar dan ajak saudara terdekatnya untuk menjadi lebih baik daripada menilai orang lain tanpa mengenali seseorang itu," tegasnya.
Dalam pada itu, Nabil memberitahu, dia sudah semakin teruja untuk menyambut kelahiran orang baru biarpun isterinya baru sahaja hamil empat bulan.
"Saya akui teruja untuk menimang cahaya mata pertama. Selama dia hamil, rasanya saya pula yang lebih terasa penat dan mengidam bermacam-macam berbanding dia.

"Pelik juga sehinggakan saya kini lebih kerap dan suka makan daging kambing pula," tambahnya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 September tahun lalu.
 Yang lepas biarlah berlalu, sabar yea Nabil. Itu dugaan bergelar artis.

More aboutKasihan Nabil Bila Dibandingkan Dengan Suami Irma Hasmie!

Remy Ishak Tampar Tiz Zaqyah, Tak Tahan!!

Monday, 2 July 2012


Satu lagi bom gossip jatuh dari tangan Zubir Mohd Yunus atau nama popularnya kini, Zubir MY. Kali ini mengenai keretakan hubungan Tiz Zaqyah dan pasangannya, Remy Ishak.

Rasanya ramai orang yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu yang beberapa minggu lalu, Remy Ishak ada mengadu di Twitter tentang layanan buruk dari kekasihnya.

Namun, Tiz Zaqyah yang ditemui media selepas itu menyatakan semua itu lumrah bercinta dan tidak mahu memceri komen lebih lanjut tentang apa yang berlaku.

Zubir MY dalam tulisan beliau semalam mendakwa menerima informasi mengatakan Tiz Zaqyah kini sudah tidak tahan lagi denga perangai panas baran Remy Ishak.

Sikap panas baran Remy Ishak itu semakin buruk apabila satu per satu telefon bimbit Tiz Zaqyah di’katakan menjadi mangsa selain beberapa penampar singgah di pipi gadis itu. Wow.

“So, sekarang ni Tiz pakai hand phone murah murah, boleh buat call dan SMS saja,” ujar sumber Zubir MY itu dan sehingga artikel ini di’tulis, Tiz Zaqyah turut memiliki iPad yang tidak kurang mahal’nya dan kenapa tidak menjadi mangsa?

Buat masa ini, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak masing masing tidak dapat memberikan komen kerana sedang bercuti bersama rakan-rakan di Thailand. Mereka nampak mesra bersama seperti tiada apa yang berlaku. Gambar di atas adalah gambar terbaru mereka di Thailand.

More aboutRemy Ishak Tampar Tiz Zaqyah, Tak Tahan!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...