Idea Gila Faizal Tahir, Mahu Bakar Diri Depan Penonton AJL26

Monday 30 January 2012


Setiap kali berlangsungnya pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu, Pasti melarang tak mahu ketinggalan untuk menonton apa gimik yang akan dilakukan oleh Superman malaysia, Faizal Tahir.
Pada Anugerah Juara Lagu(AJL) kali ini, Faizal mencuri perhatian para penonton sekali lagi apabila bertindak membakar Piano setelah tamat lagu 'Karma'. Pada asalnya, ada pihak memberitahu yang Faizal mahu mengejutkan penonton dengan membakar dirinya di depan penonton AJL malangnya hal itu tidak dipersetujui oleh pihak produksi.
Berani sungguh abang superman kita, sampai mahu membakar diri. Kalau selamat, Alhamdulillah tapi kalau anda sendiri yang terbakar, mahu bikin heboh satu malaysia ya, Faizal.

“Bagi saya ini bukan gimik, ini biasa saja. Kalau diikutkan idea asal saya, lagi tak masuk akal. Pada asalnya saya nak bakar diri saya tapi pihak produksi tak benarkan. Saya rasa, kalau dapat buat idea itu, memang seronok,” ujar Faizal memberitahu sanggup membuat apa saja untuk memberikan persembahan yang terbaik buat peminatnya.

“Saya berani buat apa saja dan saya tak kisah ‘push’ diri saya untuk orang lain. Saya rasa idea nak bakar diri itu tak mustahil kerana memang ada sut khas untuk aksi ini. Rasanya mereka takut rambut saya terbakar agaknya. Apa-apapun, saya tak kecewa cuma jika dapat buat idea itu, lagi bagus.”

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...