Juara AJL 26, Hafiz Dengan Lagu Awan Nano

Sunday 29 January 2012

Akhirnya AJL26 melabuhkan tirainya dengan keputusan yang agak padan dengan anugerah tersebut. Awan Nano berjaya merangkul gelaran juara AJL26 dengan Beribu Sesalan mendapat tempat kedua dan Karma di tempat ketiga. Dengan keputusan tersebut, mungkin semua pihak berpuas hati kerana memang lagu-lagu yang mendapat tempat itu adalah hebat-hebat belaka.

Lepas ni ramai la artis yang mengadakan persembahan dengan hanya track and T-shirt yek.Stylo juga!

Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.

Apa yang menarik, pemenang tempat pertama akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000, tempat kedua pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000, tempat ketiga pula akan membawa pulang RM12,000. Manakala pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 seorang.

Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, Hafiz telah berjaya merangkul trofi Juara Lagu AJL 26 dengan lagunya, “ Awan Nano”. Dia turut merangkul trofi Vokal Terbaik sekaligus mencipta sejarah sekali lagi.

Tidak ketinggalan, “Beribu Sesalan” yang dibawa oleh 3 Suara turut berjaya merangkul Naib Juara AJL 26 dan ini telah menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat. Faizal Tahir pula berjaya merangkul trofi tempat ketiga AJL 26 dengan lagu “Karma”.

Persembahan Terbaik pula dirangkul oleh Alyah dengan lagunya berjudul Kisah Hati.
Berikut adalah senarai penuh lagu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 sebentar tadi.
Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz
Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara
Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir
Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah
Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...