Tomok Terkena Buatan Orang, Muntah Darah?

Tuesday 20 March 2012


Sudah beberapa kali kita dengar di kalangan artis yang terkena amalan ilmu hitam akibat dengki, balas dendam dan sebagainya. Kali ini tempias berita ini pula terkena kepada Tomok OIAM, yang mengalami muntah darah pada malam Isnin lalu.

Shah Indrawan Ismail, 28, tiba-tiba sahaja muntah darah. Namun Tomok menolak dakwaan dia terkena perbuatan santau atau ilmu hitam ke atasnya. Tomok juga menolak muntah darah itu disebabkan apa-apa penyakit kronik.

Bagi Tomok, kemungkinan yang berlaku adalah kerana faktor tersalah makan. Namun begitu Tomok hanya mengambil ubat tanpa merujuknya ke pihak hospital.
“Saya harap apa yang terjadi (muntah darah) bukan sesuatu yang serius atau memudaratkan. Saya tidak nafikan ada juga terfikir kemungkinan isu disantau atau simptom penyakit kronik. Memandangkan saya hanya muntah sekali, insyaAllah ia bukan perkara yang serius.”

“Saya tak nafikan muntah darah agak banyak pada malam semalam (Isnin) tetapi ia hanya berlaku sekali sahaja. Selepas saya mengambil ubat, alhamdulillah keadaan sudah baik pada pagi ini. Kalau berlarutan tentu saya pergi hospital.”
Apa yang kami nasihatkan, eloklah Tomok dapatkan rawatan susulan. Cuba periksa, bimbang sesuatu yang tidak terduga berlaku, sekurang-kurang boleh dicegah sebelum parah. Namun begitu, kami sentiasa mendoakan kesihatan yang baik untuk Tomok yang bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi. ~ ohartis

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...