Kasihan! Nora Danish Tidak Dijemput ke Majlis Jejai, Bawa Diri Ke Mekah?

Friday 27 April 2012


Pelakon cantik yang semakin diminati ramai kerana lakonan yang bermutu, Nora Danish dikhabarkan tidak akan menghadirkan diri semasa majlis perkahwinan bekas suaminya Jejai dan pelakon Fasha Sandha 27 April ini. Keputusan itu dibuat sendiri oleh Nora Danish kerana tidak menerima sebarang jemputan untuk ke majlis itu. Nora Danish juga mengakui dirinya tidak akan ada di malaysia semasa berlangsungnya perkahwinan mereka itu, Mekah akan menjadi tempat kediaman Nora Danish bertepatan tarikh perkahwinan bekas suaminya itu.
"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari," ujar Nora ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem 'Mencari Cinta', di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh, petang tadi.

"Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama."
Nora Danish juga menjelaskan dia tidak mahu anak lelakinya, Rayqal menggelarkan Fasha sebagai ibu kerana baginya cukup sekadar memanggil Fasha sebagai 'aunty' kerana dia tidak mahu Rayqal mempunyai ibu selainnya.
"Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai. Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya 'aunty' saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang."
Nora yang masih berhubung baik dengan bekas suaminya itu turut mengharapkan dengan perkahwinan Jejai dan Fasha, hubungan mereka semua akan kembali jernih.

Diusik bila pula giliran Nora untuk mengikut jejak seperti bekas suaminya itu mendirikan rumahtangga, Nora memberitahu, 
"Selalunya lelaki yang cepat kahwin. Nora tak fikir lagi kerana ingin fokus terhadap kerjaya dan anak dulu. Soal jodoh pertemuan, Nora serahkan pada Allah."
Sebelum mengakhiri perbualan, Nora sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada bakal pasangan suami isteri itu.
"Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat." ~ GUA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...