Marsha AF Kristian Yang Belajar Solat 5 Waktu!

Sunday 22 April 2012

Marsha Milan Londoh seperti yang diketahui bukanlah beragama islam sebaliknya beliau dilahirkan sebagai seorang seventh day adventist iaitu satu agama yang sewaktu dengan kristian. Walau bagaimanapun, baru-baru ini Marsha mengakui dirinya sedang belajar menunaikan solat 5 waktu. Adakah Marsha sudah memeluk islam?

Jawapannya semestinya Tidak, Marsha melakukan itu hanya untuk lakonan dalam filem terbarunya yang bertajuk Qada. Mungkin sedikit sebanyak Marsha juga telah belajar mengenai Islam, bukan untuk memaksa Marsha memeluk Islam, biarlah masa sahaja yang menentukan. Mana tahu, satu hari nanti, Marsha menerima hidayah untuk memeluk islam. Kan?
"Sebelum ini saya pernah juga membawa watak sebagai gadis beragama Islam, cuma dalam filem ini saya perlu tampil dengan gaya muslimah dan perlu memahami tentang solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Namun, saya berasa lega kerana kebanyakan rakan-rakan saya memang beragama Islam, termasuk Sharifah Sakinah yang turut berlakon dalam filem itu dan dia memang banyak membantu saya untuk menghayati watak yang diberikan."

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...