Nenek Kuat!! Belasah Buaya Dengan Selamba!

Sunday 22 April 2012


Kekuatan bukan bergantung kepada usia. Itulah yang berlaku kepada seorang Nenek yang berumur 74 tahun apabila dia memukul seekor buaya yang mahu menjadikannya makan amalam buaya tersebut. Kerana sakit di bahagian mata, Buaya itu mengaku kalah dan melepaskan kaki nenek ini yang digigitnya.

KOTA BELUD – Tindakan berani seorang wanita warga emas memukul kepala seekor buaya menggunakan tongkat kayu menyelamatkan dirinya daripada dibaham reptilia ganas itu dalam kejadian di Kampung Tempasuk Dua, di sini.

Dalam kejadian jam 5 petang Selasa lalu, Luayoh Kindurus, 74, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan sawah sebelum kaki kirinya tiba-tiba disambar buaya, ketika melalui titi kayu untuk menyeberang parit selebar satu meter.

“Ketika melangkahkan kaki di atas titi kayu itu, tiba-tiba kaki kiri saya disambar buaya.

“Saya tidak panik sebaliknya cuba lawan buaya itu dengan memukul kepala reptilia ganas berkenaan menggunakan tongkat kayu.

“Pukulan itu mengenai mata buaya itu, menyebabkan ia melepaskan kaki saya,” katanya ketika ditemui menerima rawatan, di Hospital Kota Belud, di sini, semalam. (Harian Metro)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...