Siapa Nak Beli Robot Wanita Ini, Cantik SIOT!

Friday 13 April 2012


LONDON 12 April - Penyanyi lelaki berkumpulan dan pelakon wanita remaja kini perlu bersaing dengan sejenis 'robot wanita' yang dikatakan mampu mengambil alih peranan mereka dalam tempoh beberapa bulan.

Ini kerana, robot wanita dinamakan 'Geminoid F' itu bukan sahaja mampu melakukan 65 mimik muka, malah ia boleh bercakap dan menyanyi sekali gus menarik perhatian orang ramai di China, kelmarin.

Dilengkapi penggerak mekanikal yang berada di bahagian bawah kulit getahnya, Geminoid F juga boleh tersenyum dan meniru raut wajah manusia kebingungan.

Pencipta robot itu, Hiroshi Ishiguro berkata, matlamat beliau menghasilkan robot itu adalah bagi mengelirukan masyarakat supaya mereka percaya, ia adalah seorang manusia.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...