Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Jadi Pengantin di Usia 100 tahun, Tahniah.

Sunday, 15 July 2012


Umur hanyalah satu nombor buat Dana Jackson, wanita berumur 100 tahun dari Kentucky. 

Pada 6 Feb, Dana Jackson berkahwin dengan Bill Stauss, 85 sempena hari lahir ke 100 beliau di Rosewood Health Care Center di Bowling Green, sebuah rumah sosial di mana kedua-dua pasangan pengantin ini tinggal.



"Saya rasa kembali berumur 50," kata Jackson memberitahu BG Daily News. Jackson pernah berkahwin sekali sebelum ini, 85 tahun yang lalu ketika dia berusia 15 tahun. Pasangan itu bertemu dua tahun lalu di sebuah pusat jagaan harian orang tua.

More aboutJadi Pengantin di Usia 100 tahun, Tahniah.

8,000 pelanggan doktor gigi diancam jangkitan HIV


DENVER: Seorang doktor gigi yang digantung lesen mungkin mendedahkan ribuan pelanggan kepada jangkitan HIV dan hepatitis kerana dia mengitar semula peralatannya.

Jabatan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Colorado berkata, kira-kira 8,000 pelanggan Stephen Stein dinasihat menjalani ujian kesihatan dengan segera.

Jabatan terbabit juga menghantar surat kepada semua pelanggan Stein untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Perbuatan Stein terdedah apabila penyiasat menemui bukti dia menggunakan semula jarum dan picagari di dua kliniknya antara September 1999 dan Jun 2012.

Kenyataan jabatan itu menyebut, amalan berkenaan bercanggah dengan protokol perubatan standard.

“Ia terbukti menyebarkan jangkitan,” katanya. Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mendapat pengesahan mengenai sebarang kes membabitkan jangkitan berbahaya dari klinik Stein. - Reuters

More about8,000 pelanggan doktor gigi diancam jangkitan HIV

Lelaki Amerika Peluk Islam Lepas Lihat Saf Solat


Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.

Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu

” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab

” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”

Sheikh itu berkata

” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”

Lelaki itu menjawab

” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi

Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab

” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah

” Rapatkan Saf… “

Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.


Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata

“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH

I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger

Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini...

More aboutLelaki Amerika Peluk Islam Lepas Lihat Saf Solat

Adat pelik!! Potong Jari Jika Ada Kematian Kaum Keluarga..

Bangsa Dani menetap di Papua, Indonesia. Dalam adat turun temurun, mereka akan memotong jari mereka seandainya ada ahli keluaga mati. Akibatnya.. ada yang tinggal 1 jari sahaja.. ada yang terus tiada jari. Mujurlah, adat ini semakin kurang dilakukan..tapi masih ada bagi yang mempunyai ramai orang tua yang teguh dengan adat.














More aboutAdat pelik!! Potong Jari Jika Ada Kematian Kaum Keluarga..

Gurauan Bodoh Yang Membawa Padah, Budak Lelaki 13 Tahun Cedera.


China – Gara-gara bergurau tidak kena tempat, seorang budak lelaki berusia 13 tahun cedera parah selepas dua lelaki memasukkan pam angin yang digunakan di bengkel baiki kenderaan, ke dalam duburnya.

Akibat perbuatan bodoh, Du Chuanwang, dari Shandong cedera parah termasuk mengalami pendarahan dalaman dan kegagalan organnya berfungsi.

Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika remaja berkenaan sedang membantu mekanik membaiki kereta di sebuah bengkel.
Menurut doktor, tekanan udara di bahagian abdomen amat kuat menyebabkan kaki Du bertukar menjadi biru.

“Kami terpaksa membelah perutnya untuk mengeluarkan gas tersebut dan selain itu usus kecilnya juga mengalami pendarahan teruk,’’ kata doktor.

Kecederaan parah itu juga menyebabkan Du koma selama seminggu .

Dua lelaki tersebut telah ditangkap dan mereka mendakwa perbuatan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada gurauan.

Mereka mendakwa memasukkan pam itu ke dalam lubang dubur Du selepas dia ditolak ke tanah.

Sementara itu, Du kini dipindahkan daripada unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Shangdong ke Hospital Kanak-Kanak di Beijing.

Biarpun keadaan Du kini stabil namun usus kecilnya, paru-paru dan hidungnya dijangkiti bakteria yang teruk manakala gegendang telinganya juga cedera parah.

Du dihantar bekerja di bengkel tersebut selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu.

Memandangkan pemilik bengkel itu merupakan rakan keluarganya, maka dia diharapkan dapat membimbing Du biarpun Du tidak dibayar gaji, hanya diberikan pakaian dan makanan.

Bagaimanapun kemiskinan yang melanda keluarga Du menyebabkan mereka tidak mampu membayar kos rawatan yang setakat ini berjumlah 100,000 yuan.

Namun mujurlah ada kumpulan NGO yang sedia membantu selain persetujuan daripada pemilik bengkel itu untuk menanggung 60 peratus kos perubatan remaja malang tersebut.

More aboutGurauan Bodoh Yang Membawa Padah, Budak Lelaki 13 Tahun Cedera.

Budak 12 Tahun Perogol Termuda Dihukum Di Britain, Beliau Menangis Kerana Dipenjara 4 tahun.


LONDON: Seorang budak hanya mampu mengesat air mata selepas hakim mengarahkan dia dipenjara empat tahun atas kesalahan merogol dua kanak-kanak perempuan tahun lalu.

Tertuduh, 12, adalah pesalah termuda di Britain disabitkan dengan kesalahan rogol.

Dia didakwa menyerang mangsa pertama ketika itu berusia 10 tahun selepas memulakan permainan sorok-sorok di sebuah taman di Bolton, Manchester.

Mahkamah diberitahu, tertuduh menolak mangsa ke tembok dan cuba melondehkan seluar dalam budak perempuan terbabit.

Dalam kejadian berasingan, budak perempuan sama diperdaya di kawasan belukar sebelum dirogol.

Pendakwa berkata, budak lelaki itu cuba mencari mangsa lain ketika seorang budak perempuan leka bermain bola sepak.
Katanya, tertuduh memujuk mangsa ke sebuah ‘pejabat’ yang terletak di belakang sandaran papan di tepi sebuah rumah.

“Di situ budak lelaki terbabit mengarahkan mangsa melakukan seks oral sebelum dirogol,” katanya. Tertuduh menafikan tuduhan rogol dan serangan seks ketika pendakwaan dibuat di Mahkamah Liverpool.
Hakim, Mark Brown, berkata mangsa tidak mengizinkan dirinya diperlakukan sebegitu dan mereka mengalami pengalaman pahit kerananya. “Maruah mereka dicabul dan terpaksa pula menghadapi kesan psikologi.

“Ia juga memberi kesan kepada ibu bapa mangsa,” katanya. – TS

More aboutBudak 12 Tahun Perogol Termuda Dihukum Di Britain, Beliau Menangis Kerana Dipenjara 4 tahun.

Kejam! Lelaki Ini Bunuh, Kelar dan Potong Leher Anjing

Saturday, 14 July 2012

Haram atau tidak itu bukan masalahnya, setiap mahkluk yang bernyawa di muka bumi ini ada hak untuk hidup. Ada hak untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha Kuasa. Bukan hak kita menentukan hidup dan mati mahkluk lain, lebih-lebih lagi manusia.

Tak ada rasa kasihan kah di hati mereka ini sehinggakan sanggup membunuh dan siat-siat kulit binatang ini? kejam sungguh!


More aboutKejam! Lelaki Ini Bunuh, Kelar dan Potong Leher Anjing

Inilah Akibat Menunggang Motor Secara Laju

Kata orang, malang itu tidak berbau dan ia akan datang kepada sesiapa sahaja yang dimahukannya. Ini adalah antara malang orang yang mati dalam keadaan ngeri apabila motorsikal yang ditunggangnya telah melanggar sebuah Bas, agak pelik juga mengapa kejadian sebegitu boleh terjadi.

Mengapa hanya tempat kesayangan lelaki itu? Oh tidak, dia mati kerana tidak ada perlindungan di bahagian sulitnya. Ini menunjukkan bahawa 'kawasan' itu juga memerlukan perlindungan. hurmmm..




More aboutInilah Akibat Menunggang Motor Secara Laju

Muka hancur kena tembak tapi nampak relaks je

Hisshh..tengok gambar pun dah ngeri ...




More aboutMuka hancur kena tembak tapi nampak relaks je

Lapar punya pasal sanggup ratah ayam hidup-hidup

Bila dah lapar dah tak peduli dah...belasah janji boleh kenyang....









sumber : unic77.tk

More aboutLapar punya pasal sanggup ratah ayam hidup-hidup

Semua wanita kena denda dan disuruh jawab exam dalam keadaan berbogel

Bogel satu kelas! Sekolah apa ni? Yang perempuannya tanpa seurat benang tersalut dibadan tapi jantannya lengkap berbaju pulak. Musykil pulak gua dengan penyakit sekolah ni…


Selamba jer pulak tu dia orang belajar. Pelajar lelaki macam tak kemaruk sangat. Mungkin dah hari-hari jumpa benda yang sama jadi taklah meroyan sangat dengan benda tu…

More aboutSemua wanita kena denda dan disuruh jawab exam dalam keadaan berbogel

Pelajar Bunuh Diri Kerana Bosan Hidup

HOUSTON: Seorang pelajar popular membunuh diri selepas rayuannya kepada ratusan rakan online untuk mendapatkan bantuan tidak dihiraukan.Pelajar sekolah menengah, Ashley Duncan, 17, menulis,: “Saya akhirnya memperoleh pistol” dan kemudian memuat naikkan gambar senjata itu.

Pistol berkenaan dipercayai digunakannya untuk membunuh diri tidak lama kemudian.Ia menyusuli beberapa siri tulisannya dalam Tumblr dan Twitter, tempat dia bercerita mengenai membunuh diri, mempersoalkan erti kehidupan dan berkata dia dalam keadaan sengsara.

Antara tulisannya berbunyi: “Kehidupan tidak ada harganya jika kamu tahu atau sudah tahu bagaimana rasanya ingin mati setiap saat, minit, jam, hari, minggu bulan dan tahun. Dengan itu, anda boleh merasai seperti saya. “Saya mungkin tidak perlu bergelut dengan masalah kewangan tetapi saya bergelut dengan emosi dan mental dan saya percaya ia pergelutan paling teruk.“Jadi saya tertanya mengapa bukan menjadi pilihan saya untuk mati sekarang?

Kehidupan saya sengsara.“Satu hari nanti, saya tidak akan ada di sini lagi dan ia akan menjadi hari paling gembira dalam hidup saya. Saya bosan dengan kehidupan ini.“Tuhan seolah-olah mendera saya dengan membiarkan saya hidup. Satu-satunya perkara yang membuat saya gembira sudah berlalu. Saya sengsara.”

‘Perkara’ yang dirujuknya itu tidak jelas tetapi tulisannya sebelum ini membayangkan hubungan cintanya dengan seorang rakan terputus.Dia menulis: “Saya kecewa. Saya tidak akan bergantung kepada orang lain untuk memulihkan hati saya. Ia sudah musnah.” Ashley, pemain bola tampar berbakat dikatakan pelajar popular di Sekolah Menengah Bellaire sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Pershing kerana mahu menamatkan persekolahannya lebih awal.

Semalam, Ashley, yang selama ini dilihat sebagai remaja periang, berjalan ke persimpangan Braes Forest Drive dan Portal Drive dan menembak dirinya.Rakannya di Bellaire berkata mereka menyangka tulisannya itu hanya jenaka.“Saya tidak memberi tumpuan kerana dia sering bergurau. Saya tidak pernah menyangka dia serius,” kata Theresa Sosa. – DM

More aboutPelajar Bunuh Diri Kerana Bosan Hidup

Panas!!! Kondom Perisa Zam Zam


"Keep the Satan away during Intercourse"... Bermaksud, "Menjauhkan Syaitan Ketika Persetubuhan". Bagi pandangan admin, ada 'double-meaning' mengenai slogan ini. Adakah pengeluar kondom ini menggunakan istilah sebegitu dan logo halal untuk melariskan produk mereka???

Jika produk ini laris, ramailah pembelinya. Maka ramailah penggunanya. Tetapi siapa sasaran pasaran produk ini jika ianya dikatakan halal??? Tentu sekali orang-orang Islam. Adakah produk seperti ini akan mempengaruhi manusia untuk menghalalkan persetubuhan bagi pasangan yang belum bernikah juga? Semua ini adalah untuk memesongkan akidah sahaja.

More aboutPanas!!! Kondom Perisa Zam Zam

Sekitar Pembedahan Jantina Dari Lelaki Kepada Wanita Di Thailand

Gambar ini menunjukkan cara ramai orang transeksual di negara tersebut mengubah jantina mereka. Memang menyakitkan tetap ramai yang nak buat.













More aboutSekitar Pembedahan Jantina Dari Lelaki Kepada Wanita Di Thailand

Pelik!! Selama 17 Tahun, Jutawan Ini Jadi Pengemis!


Tiga tahun lagi, usianya genap 100 tahun. Dengan tubuh renta, dan mata yang tak lagi awas melihat, setiap hari lelaki itu berjalan pincang, membawa keranjang sorong, menghampiri kereta-kereta yang berhenti ketika lampu lalu lintas berwarna merah.

Kepada para pemandu dia meminta wang dan menawarkan suratkhabar gratis sebagai balasannya. Orang yang tak tahu pastilah menganggapnya sekadar pengemis. Namun siapa sangka datuk renta itu pernah dikenal sebagai 'orang terkemuka di dunia'.

Dia adalah Irwin Corey, komedian, aktor, juga aktivis politik sayap kiri. Setiap hari, tujuh hari dalam seminggu, ia menyusuri Jalan East 35th, Manhattan. Sudah 17 tahun ia melakukan kegiatan itu.

Tentu saja, Corey -- yang sekian lama malang melintang berkarier di Broadway, televisyen, teater, dan kelab komedi -- tak memerlukan wang, apalagi wang pemberian yang ia kumpulkan.


Bahkan, ia sama sekali bukan orang yang tiada rumah-- seperti penampilannya yang tak terurus dan kotor. Dia punya apartment di kawasan elit New York yang nilainya diperkirakan US$3,5 juta.

Lalu apa alasannya menyamar jadi pengemis di jalanan?

Jawab Corey: untuk membunuh rasa kesepian akibat ditinggal isteri yang mendampinginya selama 70 tahun, Fran. Juga untuk menolong sesama.

Lelaki 97 tahun itu juga tak pernah menyimpan wang yang ia kumpulkan -- yang sehari boleh mencapai US$250 . Wang itu dia sumbangkan untuk bantuan mediK pada anak-anak di Cuba. Ia bahkan pernah mengunjungi Cuba membawa bantuan. Fotonya bersama dengan Fidel Castro ia gantung di dinding apartmentya yang mewah.

Corey mengaku, belum sepenuhnya meninggalkan kariernya di dunia hiburan yang ia jalani selama lapan dekad. Ia masih buat penampilan -- minggu lalu ia tampil sebuah kelab di Chicago.


Di dunia hiburan, Corey mendapat julukan 'Profesor' sejak 1940-an dengan penampilannya yang khas: jaket berekor, tali leher,kasut tinggi, dan rambut berdiri mirip orang-orangan sawah.

Ia bersikap sopan pada orang-orang yang memberinya duit di jalanan. Juga menyapa dengan sapaan lucu, "see you later, alligator".

Dalam wawancara dengan New York Times, ia tak menjelaskan secara terperinci posisi kewangannya. Namun, agen yang menanganinya lebih dari 50 tahun, Irvin Arthur (85) mengatakan, Corey tak perlu wang, sampai-sampai harus mengemis di jalanan. "Ini bukan soal wang, untuk Irwin, jalanan adalah panggung pertunjukkannya."

More aboutPelik!! Selama 17 Tahun, Jutawan Ini Jadi Pengemis!

Pelik, Air Liur bayi Ini Bertukar Menjadi Kristal!


Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.

More aboutPelik, Air Liur bayi Ini Bertukar Menjadi Kristal!

Unik! Manusia Yang Berekor Ditemui Di India

Friday, 13 July 2012

Seorang lelaki dari Alipurduar, Bengal Barat india dikatakan mempunyai ekor yang dipercayai hasil pertumbuhan daging yang bertulang lunak sepanjang 33 cm. Lelaki ini yang bernama Chandre Oram dipercayai adalah keturunan Dewa Monyet atau Reinkarnasi Hanoman.

Menurut laporan Daily time, Oram menyatakan "Ramai yang sembuh dari penyakit kronikselepas mereka menyentuh ekor saya" Kenyataan itu menyebabkan tempat Oram menjadi kawasan tumpuan masyarakat india untuk mendapat keajaiban dengan menyentuh ekornya.

Namun, bukan kesemuanya perkara baik bagi Oram. Seramai 20 wanita telah menolak cinta atau penikahan bersama dengan Oram apabila mereka melihat ekornya. Selepas diagnosis, seorang pakar bedah mengenal pasti bahawa ekornya itu sebagai cacat bawaan yang membuatkan daging dan tulangnya menonjol sepanjang itu.

Doktor mengesahkan bahawa Oram bukan dewa.

More aboutUnik! Manusia Yang Berekor Ditemui Di India

Di Rogol Abang Kandung, Gadis Ini Melahirkan Anak Di Usia 12 Tahun!

Tressa Middleton masih duduk di bangku sekolah rendah ketika melahirkan anak pertama. Usianya masih belum genap 12 tahun ketika abangnya melakukan kekerasan seksual yang membuat dia hamil.

Hasil DNA membuktikan bahawa abangnya sebagai ayah biologi anak perempuannya. Akibat perbuatan itu membuat abangnya dipenjara. Sementara ia harus membesarkan putri kecilnya seorang diri.

Dua tahun berjuang membesarkan anaknya, Middleton akhirnya menyerah. Gadis asal Bathgate, West Lothian, ini terpaksa menuruti saran lembaga sosial untuk menyerahkan puterinya kepada orang tua asuh demi masa depan lebih baik.

"Hati saya berkecamuk, ketika mereka membawa putri saya untuk diterima pakai," ujarnya, dipetik The Sun.

"Saya tahu, saya terlalu muda menjadi seorang ibu, tapi saya dua tahun membesarkannya sendiri, saya mencintai dia lebih dari segalanya."




Enam tahun berlalu. Kini, Middleton tengah menunggu kelahiran anak kedua, hasil cinta bersama pasangan hidupnya. "Saya bahagia akan kembali menjadi ibu, tapi di sisi lain saya takut. Saya trauma dengan pengalaman masa lalu yang membuat putri saya diragut."

Trauma itu memang masih menyiksa. Setiap malam, ia selalu tidur dengan patung beruang milik putrinya terdahulu. Itu menjadi lambang bahawa ia tak akan pernah melupakan dan mengikis cintanya untuk sang puteri.

Ia berharap suatu saat boleh bertemu lagi dengan puteri sulungnya. Setiap tahun, ia mendapat dua surat dari orang tua asuh putrinya. Melalui surat itu, ia boleh menyemak keadaan putrinya dalam keadaan baik, meski ia tak boleh menyentuhnya.

"Saya ingin mengatakan saya sangat mencintainya, dan jika ia ingin bertemu saya selalu ada bila-bila masa untuk dia," ujarnya

More aboutDi Rogol Abang Kandung, Gadis Ini Melahirkan Anak Di Usia 12 Tahun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...