Siapakah Artis Lelaki Yang Mempunyai Mulut Berbau, Baju cantik mulut berbau!!!

Friday 13 April 2012


Terasa lucu pun ada bila terbaca tulisan Soseh Soseh dalam satu ruangan kecil di dada akhbar HMetro. Memang kadang-kadang melarang juga pernah melalui perkara ini apabila berkomunikasi dengan seseorang yang mempunyai bau mulut. Mungkin faktor tidak menjaga dan mengambil berat akan kebersihan diri menjadikan mulut mereka mempunyai bau yang agak terbaik untuk dihidu.

Jom baca artikel SS ini. Siapakah??
SERONOK pula SS mendengar cerita rakan -rakan yang berkesempatan melintasi karpet merah ABPBH2011 Ahad lalu. Sampai bertekak-tekaklah mereka, masing-masing hendak mempertahankan penampilan artis kegemaran sendiri.

Walaupun ramai artis juga yang tidak menepati tema ‘Larger Than Life’ seperti ditetapkan namun masing-masing nampaknya tampil bergaya dengan persalinan terbaik mereka.

Dalam pada memuji, seorang rakan SS sempat bercerita mengenai seorang artis lelaki muda yang tidak peka dengan penampilan dirinya. Insiden ini terjadi ketika rakan SS pergi berborak dengan artis tadi.

Sedang rancak berbual, rakan SS tiba-tiba terhidu satu bau yang agak kurang menyenangkan.

Rupa-rupanya, bau itu datang daripada nafas mulut artis berkenaan.

Memang azablah juga rakan tadi sepanjang berbual dengan artis itu kerana tidak selesa dengan bau yang tidak menyenangkan. Nampak remeh saja, tapi SS memang pantang kalau seseorang itu tidak peka dengan kebersihan mahupun penampilan dirinya.

Kalau harapkan pakaian saja cantik, mekap pun cantik, tapi kalau nafas berbau busuk?

SS cuma nak ingatkan kepada semua, lebih-lebih lagi kepada golongan artis, kenalah peka dengan penampilan diri. Kalau dah tahu bau nafas kurang menyenangkan, cubalah kunyah gula getah atau hisap gula-gula.

SS: Masih lagi ingat tangisan ikhlas Fizz Fairuz yang tidak tertahan ketika menerima trofi.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...