Tahniah! Fasha Sandha Dan Jejai Bakal Bernikah 27 April Ini!

Tuesday 24 April 2012


Pernikahan antara pelakon Fasha Sandha dan lelaki pilihannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli sudah semakin hampir ke waktunya. Semua kad jemputan telah pun diedarkan. Memang eksklusif dan mengikut apa yang tertera di kad itu, Fasha akan dinikahkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan bukan di rumahnya seperti yang digemburkan sebelum ini pada 27 April 2012 ini.
Khabarnya majlis respsinya akan diadakan pada 29 April 2012 ini di Bali, Indonesia yang melibatkan hanya sekitar 100 orang termasuk ahli keluarga dan media. Mungkin pasangan ini mahukan majlis yang lain daripada yang lain dan ekslusif. Bali memang menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu. Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal.
“Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing yang padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai.” – Jejai

Jejai seorang usahawan menyifatkan Fasha seorang wanita yang melengkapkan hidupnya.

Fasha yang dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) buat kali keenam, akhirnya akan mengakhiri zaman gadisnya. Tahniah kami ucapkan dan semuga semuanya berjalan dan diselesaikan dengan baik. Pembinaan masjid yang disukai Allah.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...