Pelakon Ady Putra Bercerai Dengan Isteri!

Thursday 17 May 2012

Pelakon yang berasal dari singapura yang sedang meningkat naik, Ady putra dikhabarkan sudah menfailkan perceraian dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman.

“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,

“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya. -Via

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...