3 Lagi Artis Masuk Parti PAS

Friday 22 June 2012


Pelakon yang kini popular dengan drama bersiri 'Waris', Hairie Othman dikatakan telah menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Turut sama mengikut jejak langkahnya adalah pelakon Zulkifli Ismail dan pelawak, Leman Raja Lawak 5.

Dipetik daripada potal berita parti ini, Hairie dan Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak pada 6 julai ini.

Atas faktor kesedaran diri membuatkan Hairie terdorong untuk menyertai parti politik tersebut.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin ketika memberi ceramah di Batu Gajah, baru-baru ini.

Selain itu, beliau mengakui keputusan ini akan memberi kesan kepada karier lakonan namun sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki adalah Allah ," jelasnya lagi. via

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...