Gosip Erra Fazira, "Mahu Kongsi Sesuatu Dengan Peminat!"

Monday 25 June 2012


Baru sahaja kami ingin mengambil kenyataan terakhir Engku Emran sebagai konklusi kepada gossip yang melanda selama ini, kini timbul sesuatu yang baru.

Semalam, Berita Harian melaporkan yang Erra Fazira enggan memberikan apa apa komen tentang kenyataan suami beliau atas alasan bimbang jawapan di’salah erti oleh orang ramai.

Jawapan mudah seperti “Ya, memang apa di’katakan Engku Emran itu benar belaka.” sebenar’nya cukup untuk menutup segala kontroversi yang timbul hampir setahun ini.

Tidak mengapa. Pagi tadi melalui akaun Twitter beliau, Erra Fazira menulis yang beliau akan kongsikan ‘sesuatu’ dengan semua apabila sampai masa’nya nanti.

Erra Fazira mendakwa ‘penat’ dengan isu yang tidak kunjung selesai sebelum meminta semua mendoakan beliau. Ya, kami memang suka terlebih analisa tetapi apakah ‘sesuatu’ yang di’maksudkan Erra Fazira hari ini? ~ Rotikaya


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...