Izara Aishah Makin Besar Kepala, Datang Lewat Ke Lokasi!

Tuesday 19 June 2012


Pelakon yang menempah nama menerusi drama Vanilla Coklat, Izara Aishah dikatakan mula besar kepala dan buat perangai apabila tidak mematuhi masa dan tidak berdisplin. Heroin Vanilla Coklat itu dikatakan sering datang lewat ke lokasi penggambaran dan fotografi.

Pihak produksi tersebut melaporkan, mereka terpaksa menunggu Izara hampir dua jam ke lokasi, Menurut sumber, alasan yang sering diberikan Izara adalah dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan masih dalam perjalanan. Adakalanya Izara tidak menjawab panggilan telefon.

Walaubagaimanapun, Izara menjelaskan bahawa cerita yang disebarkan itu sekadar salah tanggap sesetengah pihak. Izara datang lewat bersebab, dan bukan kerana sengaja.

Jika Izara tidak dapat sampai pada masa yang telah ditetapkan, Beliau akan hubungi mereka terlebih dahulu. Izara tidak pernah mendiamkan diri atau tidak menjawab panggilan telefon seperti yang didakwa.
Mereka (pihak produksi) sendiri tidak kisah jika Izara lambat dan selalu menuruh Izara agar tidak tergesa-gesa ke lokasi penggambaran.

Cerita sebegini tidak mencalarkan reputasi Izara kerana Izara boleh perbaikinya. Izara akan pastikan tidak lagi datang lewat ke lokasi dan lebih pandai menggunakan masa. Mungkin Izara akan bertolak lebih awal atau tidak mengambil kerja yang memerlukan Izara berada di kedua-dua tempat dalam masa yang singkat.

Izara yang kini sedang menjalani penggambaran drama Naziha untuk slot Zehra di TV3 setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam. Bermula bulan Julai depan pula, Izara bakal menjalani penggambaran filem Vanilla Coklat The Movie pula.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...