Khairul Fahmi (Apex) Jadi Pengawal Keselamatan Nepal?

Saturday 30 June 2012



Hai Apa dah jadi dengan khairul fahmi @ Apex ni, dah bertukar profession ke? Terbaru Apex dikhabarkan mempunyai kerjaya baru iaitu menjadi pengawal keselamatan di mana Apex perlu menjadi warga Nepal untuk sebuah lakonan drama pendek.


Bukan sahaja bermain bola sepak, malahan Apex boleh membawa watak juga ya. Apa yang pasti, Apex telah mencabar dirinya untuk melakonkan watak dalam drama pendek yang telah pun disiarkan di laman Youtube.

Lebih mencabar lagi, Apex telah diberi peranan untuk menjadi warga asing berasal dari Nepal.

Sungguhpun Apex sebelum ini pernah muncul dalam muzik video penyanyi Andi A Merican, watak yang diberikannya dalam cerita ini lebih mencabar kerana Apex perlu banyak bermain dengan riak wajah dan emosi.

Malah, Apex juga perlu melafazkan skrip dalam dialog warganegara Nepal.

Menerusi drama pendek berkenaan, Apex memainkan peranan sebagai pelakon utama dan berlakon bersama penyampai radio popular, Fabes Fly FM.

Disamping Fabes, pelakon kacak, Zain Saidin turut sama membuat penampilan istimewa bersama seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.

Difahamkan, drama pendek berjudul Semua Boleh Bolt itumempunyai empat siri yang mana siri pertama sudah pun disiarkan sejak semalam.

Jadi apa tunggu lagi, nilailah sendiri lakonan Apex sambil bergelak ketawa menyaksikan wataknya yang lucu.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...