Nuremy Ramli, Tentunya anda kenal dengan pelakon ini, wajahnya cantik dan ayu. Anda yang tidak kenal dengan pelakon ini, bolehlah menonton filem yang baru sahaja ditayangkan di pawagam bulan lepas iaitu Nongkrong, Lakonan bersama Shaheizy sam.
Dalam filem tersebut, Nuremy Ramli ini masih belum memakai tudung. Namun kini, Alhamdulillah hatinya terbuka untuk bertudung.
Menurut Nuremy, kisah dia selalu mimpi arwah ayahnya telah menyebabkan dia berhijrah ke arah imej tersebut.
Gambar Nuremy Ramli bertudung untuk tatapan anda.“Saya bermimpi bertemu arwah ayah saya beberapa kali cuma yang peliknya, arwah ayah tak tersenyum bila melihat saya. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut. Saya tak nafikan memang saya ada rasa serba tak kena, sehinggalah saya membuat keputusan untuk bertudung, alhamdulillah, saya berasa lebih tenang dan selesa,”
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkKOqNTtWXSeo-1uuBvJ4ZaKnp7aQykJI023Ut_jamgi8Hl0E_zxS9XUagqayZMZzJlPSnqQ2TAZn236FqqTnGSNWAMsulm49grjqaCgLHJMhHaPeq9EKlau6vPMME8_GDVr28BUHbo2g/s640/nuremy-ramli-1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyy1W3c4mmj2hGxJJKJTdymc1LS1sWcJXVQWMwyvmLopb49Bedfs0VoV0pIObfmcuLNPEZ0q4qdD13cAvQeAvcq5ZYMpL_co_LAdhrccFNp4cATXPFtwxjF_ImGlKdxDL-jvQi_Nn22sg/s400/nuremy-ramli-2.jpg)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment