Raja Azmi Minta Cerai Sebab Kata Orang, Kenapa Perlu Dengar Kata Orang?

Wednesday 27 June 2012


“Perceraian ini bukan kerana desakan sesiapa atau disebab kehadiran orang ketiga, tetapi ia adalah kehendak saya sendiri. Saya mula berbincang dengan suami bermula Februari lalu. Saya yang timbulkan perkara ini kerana saya yang mengundang pelbagai kontroversi. Orang kata saya ada skandal dengan Roslin (Roslin Hashim) dan pelbagai cerita lagi.

Selain itu, saya juga mengambil keputusan bercerai kerana sudah tidak sanggup mendengar tohmahan yang menuduh suami saya dayus. Sedangkan suami saya sangat baik. Atas sebab kecuaian saya yang tidak boleh menjadi seorang isteri yang baik, saya rela dan redha diceraikan oleh suami. Ini adalah jalan terbaik untuk membersihkan nama baik suami saya, Saya terima perkara ini sebagai hukuman Allah. Mudah-mudahan di akhirat nanti saya tidak dihukum,” ujar Raja Azmi dalam tangisan ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang tadi.
Dalam masa yang sama, penerbit filem berusia 53 tahun ini mengakui dia berasa cukup tertekan selepas rumahtangganya bersama Jalani Sidek sering dilanda kontroversi. Jelasnya, walaupun cerita-cerita yang tersebar itu tidak benar, namun lama-kelamaan ia menjejaskan hubungan mereka sebagai suami-isteri.
“Saya paling tertekan ketika dikaitkan dengan Roslin Hashim. Macam-macam cerita yang keluar tentang saya dengan dia, walhal perkara itu tidak benar. Bukan saya tidak cuba menyelamatkan perkahwinan ini, tetapi apabila sudah tidak ada perasaan kasih dan sayang, lebih baik kami berpisah sahaja. Perceraian ini adalah atas persetujuan kami bersama. Bukan kerana desakan pihak lain atau disebabkan kehadiran pihak ketiga,” tambah Raja Azmi lagi.
Ditanya tentang penerimaan anak-anak, Raja Azmi menjelaskan ketiga-tiga anak mereka faham dengan situasi yang dihadapi olehnya bersama bekas suami memandangkan masing-masing sudah dewasa. Jelasnya, anak-anaknya redha kerana lebih mementingkan kegembiraannya dan bekas suami.
“Tidak semestinya perceraian itu membawa kesedihan, Mungkin ia boleh menggembalikan kegembiraan dalam keluarga kami. Anak-anak memahami situasi saya dan Jalani dan mereka menerima keputusan kami ini dengan redha. Mereka lebih mementingkan kegembiraan kami daripada perkara lain. Saya dan Jalani juga sudah berjanji untuk menjadi kawan baik. Tidak ada dendam atau permusuhan di antara kami,” ujar Raja Azmi sayu.
Mengulas tentang tarikh perceraiannya yang sama dengan tarikh lahirnya, penerbit filem ….Dalam Botol ini memberitahu perkara itu berlaku secara kebetulan, bukan disengajakan.
“Mahkamah yang berikan tarikh ini dan kebetulan ia bersamaan dengan tarikh lahir saya. Saya anggap ini sebagai hukuman Allah kepada saya. Bagaimanapun, anak-anak dan bekas suami sempat meraikan harijadi saya kelmarin.”
Raja Azmi dan Jalani bernikah di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984. Mereka dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23 dan Megat Deli, 18. Mereka juga mempunyai seorang cucu berusia setahun hasil perkahwinan Puteri Suraya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...