Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Dua "Kakitangan Lynas" Meninggal Dunia Akibat Terkena Bahan Kimia Kilang Itu!!

Friday, 20 July 2012


KUANTAN, 19 Julai - Berita panas yang baru kami terima daripada beberapa orang sahabat dan pembaca setia Pahang Daily Online (PDO) yang bertugas di kilang memproses Rare Earth milik Lynas Corporations dari Australia mengatakan terdapat dua orang pekerja kilang tersebut dipercayai "meninggal dunia" di kilang itu hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua pekerja terbabit adalah berasal dari Sabah dan mereka dipercayai meninggal akibat terhidu bahan kimia yang terdapat di kilang tersebut hari ini. Walau bagaimana pun pihak Lynas terpaksa merahsiakan info ini untuk mengelakkan mereka mendapat malu selepas dua hari lalu portal Free Malaysia Today (FMT) baru saja memohon maaf atas banyak artikel mereka tentang kilang terbabit.


Difahamkan, pekerja yang lain telah menguji tahap keselamatan kilang itu selepas insiden ini dengan meletakkan seekor "anjing" sebagai bahan ujikaji. Hasilnya, binatang terbabit juga dipercayai telah mati akibat masalah yang sama.

Tahun lalu, seorang pekerja Lynas mati di biliknya dekat Hotel Hyatt gara-gara kes yang sama agaknya. Awal Februari lalu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel menarik diri dari projek tersebut. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Mereka tarik diri kerana tidak yakin dengan risiko keselamatan kilang terbabit. Makanya, kenapa ada pihak yang masih lagi beriya-iya benar mahu mengatakan Lynas selamat?.

Pihak kami sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk mengesahkan maklumat dalaman ini. Jika ia benar, maka insiden ini merupakan kematian kedua selepas kes pertama dulu. Pihak Lynas juga digesa agar tidak menyembunyikan maklumat ini demi keselamatan seluruh rakyat Kuantan hendaknya.

[Laporan seterusnya menyusul dan PDO sedang menghubungi beberapa orang pegawai Lynas yang mempunyai hubungan erat dengan krew-krew kami di Kuantan. Apapun, semua pihak tidak perlu panik kerana laporan ini masih belum disahkan sepenuhnya. Tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan laporan ini kerana ia diperolehi daripada sumber dalaman yang boleh dipercayai. Apapun, diharapkan agar ianya tidak benar kerana jika terbukti sah sudah pastilah rakyat Kuantan akan terus bangun memberontak dan mendesak kilang itu ditutup dengan segera. Bayangkan, belum pun beroperasi sepenuhnya sudah ada kematian demi kematian yang berlaku terhadap kilang memproses rare earth yang mendapat bantahan majoriti rakyat Kuantan itu sebenarnya. Nantikan info lanjut].

Berita dipetik dari Pahang Daily

More about → Dua "Kakitangan Lynas" Meninggal Dunia Akibat Terkena Bahan Kimia Kilang Itu!!

Pelajar Tingkatan Lima Ditemui Mati Tergantung

Saturday, 14 July 2012


KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui matidalam keadaan tergantung di tapak medan selera yang tidak lagi diusahakan, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.

Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman Selasih yang kemudiannya menghubungi polis. Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.
“Mangsa berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya terjerut dengan tali nilon.

“Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, ” katanya.
Menurutnya, dalam nota itu bertulis, ‘tiga nama ini harus berada di hari pengebumian saya’ mayat mangsa kemudiannya di bawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Hasil maklumat waris mangsa, mangsa merupakan seorang pelajar pintar dan disenangi keluarga.

Mohd Azlan berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa mati tergantung dan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. (Sinar Harian)

More about → Pelajar Tingkatan Lima Ditemui Mati Tergantung

Uncle Seekers Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari. Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.

Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata, kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.

Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.

More about → Uncle Seekers Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Penari Gelek Melayu Dibayar RM500 Untuk 15 Minit

Friday, 13 July 2012


KUALA LUMPUR: “Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.


More about → Penari Gelek Melayu Dibayar RM500 Untuk 15 Minit

Karpal Singh Menderita Lumpuh, Adakah Nasib Sama Seperti Ariel Sharon?



Masih lagi admin teringat akan kata-kata Karpal singh yang beliau akan berusaha untuk mengubah negara malaysia dengan melahirkan seorang Perdana Menteri yang bukan dari golongan melayu atau yang lebih mendalam lagi adalah bukan dari golongan orang islam.

Terbaru, dikhabarkan beliau kini sedang tenat diatas katil dan dengar khabar beliau telah diserang penyakit lumpuh anggota badan. Jika anda seorang yang mengikuti hal ehwal politik tentu anda terperasan yang karpal Singh agak kurang muncul di media massa. Blog keris7lok mengatakan Karpal singh diserang penyakit yang disebut tetraplegia, Apa itu tetraplegia?
Tetraplegia, also known as quadriplegia, is paralysis caused by illness or injury to a human that results in the partial or total loss of use of all their limbs and torso; paraplegia is similar but does not affect the arms. The loss is usually sensory and motor, which means that both sensation and control are lost.
Laporan dari blog kris7lok

Ini bermakna dia telah lumpuh cuma mulut dan kepala dia sahaja yang boleh berfungsi. Yang paling Keris tak percaya dia sering keluar masuk Hospital Kuala Lumpur! Hentam kerajaan bukan main tapi bila sakit pandai pergi hospital kerajaan. Difahamkan lagi oleh kenalan Keris yang juga seorang pesakit spinal, Karpal memang seorang yang sangat cerewet. Kalau masuk wad dialah manusia yang paling bising sampai ganggu pesakit lain.

Hanya tahu komplen dan merungut. Ada sahaja yang tak kena. Habis semua petugas hospital akan diherdik dan dimaki. Memang dah dasar perangai bangsat nak buat macamana kan? Esok dah tak boleh bercakap baru dia tahu senyap kot. Dah sakit teruk macam itu pun tak sedar diri lagi. Inikah balasan terhadap penentangan dia secara terang-terangan terhadap Islam? Apakah nasibnya akan sama seperti Ariel Sharon kelak?



More about → Karpal Singh Menderita Lumpuh, Adakah Nasib Sama Seperti Ariel Sharon?

Kerajaan Selangor Beku Arahan Asing Pasangan Muslim Di Pawagam

Wednesday, 11 July 2012

Kerajaan Selangor hari ini membekukan peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor yang mengarahkan pasangan Muslim yang belum berkahwin supaya duduk berasingan dalam pawagam.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu berkata arahan tersebut dikeluarkan tanpa pengetahuan kerajaan negeri. Bercakap di lobi bangunan DUN Selangor, Ronnie berkata keputusan tersebut tidak pernah dirujuk kepada kerajaan negeri.
"Tak diberitahu, (saya) hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar. Ini bertentang dengan peraturan di seluruh Selangor," tambahnya.
Ronnie yang juga ADUN Pandamaran berkata yang dipertua majlis berkenaan telah diarahkan supaya menangguhkan pelaksanaan arahan tersebut.

Akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan pihak panggung wayang yang mahu memperbaharui semula lesen mereka, telah diarahkan untuk menguatkuasakan arahan pengasingan gender tersebut.

More about → Kerajaan Selangor Beku Arahan Asing Pasangan Muslim Di Pawagam

Kes Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya ‘gila Internet’

Tuesday, 10 July 2012


PUTRAJAYA – “Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini.”

Demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.

“Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.

“Saya percaya ini ekoran sikapnya yang ‘Gila Internet’ malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, “kami tidak mengesyaki apa-apa.”

“Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi,” katanya.

Ahmad yang datang bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua anak Muhdalina, Mohd Farish Khorizmi Yusof , 2, dan Mia Ratisya Yusof, 1, dengan ditemani anak sulungnya Ariffin.

Bagaimanapun tidak dapat melawat Muhdalina.

Ahmad yang juga seorang peniaga nasi lemak berkata, anggota polis yang mengawal Muhdalina memberikan alasan anaknya masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.

“Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Ahmad, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa

“Saya terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

“Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar,” katanya lagi.

Ahmad memaklumkan dia akan ke IPD Putrajaya untuk memohon kebenaran bagi melawat anaknya.

Difahamkan, Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu terlalu taksub dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu.

Dia yang datang ke Hospital Putrajaya dengan ditemani seorang rakan hanya datang menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.

Sinar

More about → Kes Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya ‘gila Internet’

Raja Azmi Minta Cerai Sebab Kata Orang, Kenapa Perlu Dengar Kata Orang?

Wednesday, 27 June 2012


“Perceraian ini bukan kerana desakan sesiapa atau disebab kehadiran orang ketiga, tetapi ia adalah kehendak saya sendiri. Saya mula berbincang dengan suami bermula Februari lalu. Saya yang timbulkan perkara ini kerana saya yang mengundang pelbagai kontroversi. Orang kata saya ada skandal dengan Roslin (Roslin Hashim) dan pelbagai cerita lagi.

Selain itu, saya juga mengambil keputusan bercerai kerana sudah tidak sanggup mendengar tohmahan yang menuduh suami saya dayus. Sedangkan suami saya sangat baik. Atas sebab kecuaian saya yang tidak boleh menjadi seorang isteri yang baik, saya rela dan redha diceraikan oleh suami. Ini adalah jalan terbaik untuk membersihkan nama baik suami saya, Saya terima perkara ini sebagai hukuman Allah. Mudah-mudahan di akhirat nanti saya tidak dihukum,” ujar Raja Azmi dalam tangisan ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang tadi.
Dalam masa yang sama, penerbit filem berusia 53 tahun ini mengakui dia berasa cukup tertekan selepas rumahtangganya bersama Jalani Sidek sering dilanda kontroversi. Jelasnya, walaupun cerita-cerita yang tersebar itu tidak benar, namun lama-kelamaan ia menjejaskan hubungan mereka sebagai suami-isteri.
“Saya paling tertekan ketika dikaitkan dengan Roslin Hashim. Macam-macam cerita yang keluar tentang saya dengan dia, walhal perkara itu tidak benar. Bukan saya tidak cuba menyelamatkan perkahwinan ini, tetapi apabila sudah tidak ada perasaan kasih dan sayang, lebih baik kami berpisah sahaja. Perceraian ini adalah atas persetujuan kami bersama. Bukan kerana desakan pihak lain atau disebabkan kehadiran pihak ketiga,” tambah Raja Azmi lagi.
Ditanya tentang penerimaan anak-anak, Raja Azmi menjelaskan ketiga-tiga anak mereka faham dengan situasi yang dihadapi olehnya bersama bekas suami memandangkan masing-masing sudah dewasa. Jelasnya, anak-anaknya redha kerana lebih mementingkan kegembiraannya dan bekas suami.
“Tidak semestinya perceraian itu membawa kesedihan, Mungkin ia boleh menggembalikan kegembiraan dalam keluarga kami. Anak-anak memahami situasi saya dan Jalani dan mereka menerima keputusan kami ini dengan redha. Mereka lebih mementingkan kegembiraan kami daripada perkara lain. Saya dan Jalani juga sudah berjanji untuk menjadi kawan baik. Tidak ada dendam atau permusuhan di antara kami,” ujar Raja Azmi sayu.
Mengulas tentang tarikh perceraiannya yang sama dengan tarikh lahirnya, penerbit filem ….Dalam Botol ini memberitahu perkara itu berlaku secara kebetulan, bukan disengajakan.
“Mahkamah yang berikan tarikh ini dan kebetulan ia bersamaan dengan tarikh lahir saya. Saya anggap ini sebagai hukuman Allah kepada saya. Bagaimanapun, anak-anak dan bekas suami sempat meraikan harijadi saya kelmarin.”
Raja Azmi dan Jalani bernikah di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984. Mereka dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23 dan Megat Deli, 18. Mereka juga mempunyai seorang cucu berusia setahun hasil perkahwinan Puteri Suraya.

More about → Raja Azmi Minta Cerai Sebab Kata Orang, Kenapa Perlu Dengar Kata Orang?

Rakyat Amerika Semakin Ramai Memeluk Islam!

Saturday, 19 May 2012


Jumlah Muslim melebihi Yahudi, penganut Katolik catat penurunan

JUMLAH penganut agama Islam di Amerika Syarikat (AS) kini semakin berkembang pesat. Menurut kajian yang dilakukan, Muslim di AS meningkat tajam selama dekad terakhir, mengalahkan jumlah Yahudi untuk pertama kalinya di sebahagian besar Midwest dan bahagian dari wilayah selatan.

Sementara itu, gereja arus utama semakin kehilangan pengikutnya. Demikian mengikut bancian agama di Amerika pada 1 Mei 2012.
Jumlah penganut Muslim menjadi 2.6 juta pada 2010 daripada sejuta pada 2000 didorong penghijrahan dan menukar agama, kata Dale Jones, seorang peneliti yang bekerja pada penyelidikan itu yang dilakukan Persatuan Statistik daripada badan keagamaan Amerika.

“Orang Kristian adalah kelompok terbesar di setiap bahagian negara, tetapi beberapa hal menarik yang kita temukan ialah perkembangan dari Mormon, yang melaporkan adanya peningkatan terbesar,” kata Jones, yang membentangkan laporan itu pada sebuah persidangan di Chicago.

Jumlah Mormon berkembang sekitar 45 peratus menjadi 6.1 juta pada 2010, menurut bancian itu, sambil menambah sekitar 55 peratus orang Amerika menghadiri ibadah.

Sebagai perbandingan, kebanyakan bancian itu mendapati sekitar 85 peratus orang Amerika mengakui memiliki keyakinan agama, walaupun mereka mungkin tidak menghadiri ibadah. Sekitar 158 juta orang Amerika diklasifikasikan sebagai ‘sukar ditentukan’ agamanya dalam kajian itu.
Antara agama besar, bancian mendapati jumlah penganut Katolik, pengikut agama terbesar, turun lima peratus kepada 58.9 juta selama satu dekad.

“Penganut Katolik mencatatkan penurunan angka terbesar, termasuk di Maine yang mana skandal seks paderi mereka terungkap,” kata Jones.

Antara agama terbesar lain di AS, penganut Southern Baptist Convention tetap stabil pada 19.9 juta dalam satu dekad ini, Gereja United Methodist kehilangan 4 peratus penganut menjadi 9.9 juta pengikut, Gereja Lutheran Injil di Amerika kehilangan 18 peratus menjadi 4.2 juta dan Gereja Episkopal kehilangan 15 peratus pengikutnya kepada 1.95 juta.

Pengikut Protestan Injil terus meningkat, walaupun secara perlahan, mempunyai sehingga 50 juta pengikut. Sebahagian besar perkembangan mengejutkan, dicatatkan di kawasan bandar dan sebahagian besar pengikut yang mencatatkan pertambahan penganut mempunyai kurang daripada 100 anggota.

Jones menyatakan, penganut Buddha berkembang kuat di Amerika Rocky Mountain, yang mana sejumlah kuil dan pengikutnya meningkat tinggi. Jumlah penganut Buddha di Amerika hampir sejuta orang.

Sementara itu, mengikut kajian lain, pada 2000, ada sekitar enam juta penganut Islam di Amerika Syarikat yang mana sejuta bermastautin di California, sekali gus menyaksikan penganut Islam di Amerika lebih ramai daripada Yahudi.

Pada 1993, ada 800 masjid di Amerika dan jumlahnya kemudian meningkat hingga 2,000 buah. Paul Findley dalam bukunya Silent No More: Confronting America’s False Images of Islam menyatakan orang Islam yang pertama tiba di Amerika ialah hamba abdi kulit hitam mulai 1530 di Afrika Barat. Mereka dijual kepada pedagang kulit putih dan seterusnya dibawa ke Brazil, Kepulauan Carribean dan Amerika.

Peninju Muhammad Ali menganut Islam pada 1964. Nama hebat ini menyebabkan sukan tinju popular di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Muhammad Ali menggugurkan nama asalnya Cassius Clay kerana nama itu nama hamba abdi.

Ramai warga African-American yang beragama Kristian kembali menganut Islam. Mereka berasal daripada keturunan hamba abdi dari Afrika Barat. Nama mereka diubah kepada Kristian oleh majikan berkulit putih.

Profesor John L Esposito, Pengarah Pusat Persefahaman Kristian-Islam di Universiti Georgetown, Washington memberi pendedahan mengenai Islam kepada masyarakat Kristian. Bukunya Islam, The Straight Path dan The Islamic Threat: Myth or Reality? menyedarkan pihak Kristian dan disenangi masyarakat Islam kerana lebih berwibawa dan adil dalam menyatakan sesuatu kebenaran di sebalik kebatilan.

Berdasarkan daripada fakta di atas, benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya sudah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 256). ~ Via

More about → Rakyat Amerika Semakin Ramai Memeluk Islam!

PANAS!! Proton Preve Kemalangan, Terhentak Dan Terus Hancur Di Bahagian Depan!!

Friday, 20 April 2012

Ini adalah kemalangan yang baru sahaja tercetus dan ia adalah kereta terbaru Proton iaitu Proton Prevé. Mudahnya kereta ini hancur dibahagian depan, Mungkin anda yang baru sahaja menempah Prevé ini akan kembali berfikir. :)
Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada jam 4.45 petang. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.
Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

More about → PANAS!! Proton Preve Kemalangan, Terhentak Dan Terus Hancur Di Bahagian Depan!!

Datuk Seri Najib Menjadi Superman Dalam Komik Adiwira!!

Friday, 13 April 2012

Perdana menteri malaysia, Datuk Seri Najib dikatakan telah bertukar menjadi seorang superhero iaitu superman. Adakah PM kita ini berasal dari krypton?? Komik ini juga menunjukkan rakan abadi Israel Al Laknat, Anwar Ibrahim sebagai fenboi kaum Nabi Lut, Homoseksual.

Semua ini terdapat dalam komik setebal 50 muka surat kini disebarkan di sekolah malaysia.




Laporan asal MalaysianInsider

More about → Datuk Seri Najib Menjadi Superman Dalam Komik Adiwira!!

Konsep Satu Kerja Satu Amah, Tidak Munasabah - Najib

Sunday, 18 March 2012

IPOH 17 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan seorang pegawai buruh Indonesia mengenai konsep satu amah, satu kerja dengan gaji minimum RM700 sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, Malaysia tidak akan berganjak daripada ketetapan yang sudah dipersetujui dengan Indonesia berhubung penghantaran semula amah dari republik itu ke negara ini yang dijadualkan bermula bulan depan.

Menurut beliau, Indonesia seharusnya kembali kepada persefahaman yang sudah dicapai antara beliau dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini.

"Pada masa itu, semua syaratnya telah dibincangkan dan kedua-dua menteri juga berpuas hati dengan persefahaman yang dicapai.

"Tidak ada apa-apa pun yang dibangkitkan ketika itu. Jadi saya pun rasa hairan kenapa pada saat ini, setelah ditandatangani persefahaman tersebut, dia (Indonesia) bangkit macam-macam perkara," katanya selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa II di sini hari ini.

Najib kemudian menghadiri majlis Mesra Bersama Rakyat di Kampung Kacang Putih, Buntung di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman mengenai ketetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700.

Dengan ketetapan itu, Reyna berkata, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanya mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Reyna turut memberitahu, majikan yang memerlukan khidmat amah pada hari cuti rehat juga diwajibkan membayar gaji lebih masa sebanyak RM27 sehari atau RM108 sebulan jika bekerja tanpa cuti.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mencari jalan penyelesaian melalui saluran diplomatik bagi menangani segala perkara berbangkit berhubung isu tersebut.

"Kita akan cari jalan penyelesaian tetapi saya terkejut selepas dua pemimpin tertinggi sudah bersetuju, perkara ini boleh berlaku," katanya.

Indonesia pada 26 Jun 2009 membuat keputusan membekukan sementara penghantaran pembantu rumah selepas beberapa kes penderaan dan penganiayaan ke atas amah negara itu terjadi di Malaysia.

Bagaimanapun, pembekuan itu ditarik balik selepas Najib dan Susilo mencapai kata sepakat berhubung perkara itu ketika pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dan Bali pada Oktober dan November tahun lalu.

More about → Konsep Satu Kerja Satu Amah, Tidak Munasabah - Najib

Sebabkan Kematian Pelajar, Ustaz Mengaku Bersalah!

Tuesday, 6 March 2012


ALOR SETAR – Seorang ustaz mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian pelajar Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, tahun lalu.

Hanif Mohd Ali, 28, mengaku melakukan perbuatan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011 antara 6 petang dan 12 tengah malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Sebelum ini, Hanif dituduh mengikut Seksyen 302 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pertuduhan itu dipinda kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan ketika mahkamah memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan semalam.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab berkata, keterangan pihak pendakwaan cukup untuk mensabitkan tertuduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mohd Zaki berkata, keputusan hukuman terhadap Hanif akan ditetapkan esok kerana pihaknya memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Hanif, ketika merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman yang ringan, memohon maaf kepada semua yang terbabit kerana tindakannya menyusahkan banyak pihak.

Hanif yang kelihatan sebak dan menitiskan air mata juga memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang selayaknya ke atas dirinya agar dia berpeluang
untuk memperbaiki diri serta bertaubat.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, pula memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh walaupun dia mengaku bersalah kerana mengambil kira kepentingan awam dalam kes itu.
“Mangsa seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, baru tiga bulan menuntut di sekolah dan masih boleh dilentur. Tertuduh sudah menyalah guna kuasa, mangsa sepatutnya dididik bukan didera, tiada agama yang membenarkan penderaan untuk mendidik.

“Mangsa dikatakan mencuri namun hukuman terhadapnya tidak setimpal. Mangsa diikat, dipukul dan dicekik hingga kekurangan oksigen dalam otak yang menyebabkan kematiannya,” katanya.
Noorin berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius dan hukuman setimpal adalah perlu bagi menunjukkan kebencian terhadap kesalahan yang dilakukan.

Selain Noorin, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Najib Zakaria, Nadia Hanim Mohd Tajuddin dan Azhar Mokthar, manakala tertuduh diwakili lima peguam terdiri daripada Arif Azami Hussein, Azizul Shariman Mat Yusof, Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Fikri Abdul Rahman dan Zulmi Sabri. – BERNAMA

More about → Sebabkan Kematian Pelajar, Ustaz Mengaku Bersalah!

Pemandu Bas Degil Dibaling Pemadam Api Oleh Penduduk

Friday, 10 February 2012


BUKIT TINGGI - Tindakan pemandu bas meletak kenderaan dalam tempoh yang lama di bahu jalan di sekitar kawasan Bukit Tinggi mengundang kemarahan pengguna dan penduduk berikutan banyak insiden tidak diingini berlaku termasuk kemalangan.

Antara lokasi utama yang dijadikan sasaran pemandu dan pemilik bas adalah di sekitar Taman Chi Liung, Bandar Bukit Tinggi dan Jalan Batu Unjur.

Berdasarkan maklumat awam, kebanyakan pemandu bas tinggal di kawasan flat berhampiran menyebabkan mereka mengambil tindakan meletak kenderaan di situ sebaik selesai menghantar dan me­ngam­bil pekerja kilang di sekitar daerah ini dan Shah Alam.

Pada peringkat awal, penduduk menganggap tindakan itu satu kebiasaan, namun lama-kelamaan ia menimbulkan kemarahan apabila sering berlaku kesesakan terutamanya pada waktu puncak. Kewujudan deretan bas itu menyebabkan laluan yang digunakan dua kenderaan pada satu masa kini hanya boleh digunakan sebuah kenderaan sahaja.

Dalam kejadian terbaru, minggu lalu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang cuba mengelak sebuah kenderaan lain di lorong kanan melanggar salah sebuah belakang bas kilang menyebabkan kereta itu remuk teruk di bahagian hadapan.

Meskipun keadaan kereta rosak teruk, pemandu dilaporkan selamat tanpa mengalami kecederaan serius. Orang awam yang naik berang dengan insiden itu bertindak membaling gas pemadam api dan merosakkan cermin bas berkenaan kerana tidak tahan lagi melihat kenderaan berat diletakkan di kawasan itu.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon N46 (A) kawasan Bukit Tinggi, Yew Boon Lai ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima banyak aduan mengenai tindakan pemandu dan pemilik bas meletakkan kenderaan di beberapa lokasi di bandar ini.
“Saya sudah membawa aduan sama kepada MPK dan sudah banyak tindakan diambil antaranya mengenakan denda dan kompaun kepada pemilik bas. Saya dimaklumkan sudah lebih 100 kompaun dikeluarkan, namun mereka masih berkeras dan berdegil meletak kenderaan di kawasan sama,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sudah beberapa kali pihaknya membawa perkara itu kepada pengetahuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi tindakan lanjut, tetapi sehingga kini tiada maklum balas diberikan.
“Saya mewakili orang awam meminta SPAD melihat kesan tindakan pemilik bas meletak kenderaan yang membahayakan nyawa orang ramai. Tindakan tegas perlu dibuat sama ada dengan menggantung lesen atau menarik balik permit kenderaan itu, ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pemilik kenderaan lain,” katanya.
Boon Lai berkata, MPK kini dalam perbincangan untuk mengambil tindakan mengunci tayar bas mengi­kut Pindaan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagaimanapun katanya, ia masih dalam proses perbincangan dan sekiranya diluluskan akan dilaksanakan di seluruh kawasan di bawah pentadbiran MPK.
“Saya harap melalui langkah ini ia mampu memberi kesedaran kepada pemandu dan pemilik kenderaan supaya tidak sekali-kali meletakkan kenderaan di merata-rata kawasan terutamanya di bahu jalan. Jika tiada parkir sekalipun, carilah cara lain yang selamat agar ia tidak membahayakan keselamatan orang awam,” katanya.

More about → Pemandu Bas Degil Dibaling Pemadam Api Oleh Penduduk

Putus Tunang Bukan Kerana Khairul Fahmi (Apex)!

KOTA BHARU : Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.
Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu.
“Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, pertunangannya putus disebabkan masalah peribadi dan langsung tidak ada kena-mengena dengan Apek.
“Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya. Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” katanya.
Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.
“Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.
Anak pertama daripada lima beradik itu berkata, pertunangannya diputuskan dengan cara baik, malah bapanya, Nazri Adnan, 40, sendiri yang menghantar kembali cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunang.
Katanya, dia terkilan dengan dakwaan pemilik akaun twitter yang menggunakan nama MahsiH2 menyebarkan fitnah berkenaan.
“Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek. Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain,” katanya.
Difahamkan, Apek mengenali bapa saudara Leuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi yang menjadi kontraktor pembinaan rumah banglonya pemberian kerajaan negeri. Mohd Irwan juga adalah Pengarah Urusan Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd iaitu syarikat milik Apek.
Sementara itu, ibu Leuniey, Noor Laila Abu Bakar, 43, berkata dia harap isu itu tidak berpanjangan bagi membolehkan anaknya menumpukan perhatian terhadap perniagaan keluarga mereka.
“Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan,” katanya.
Dakwaan Apek kononnya dikatakan menjadi punca pertunangan Leuniey putus mula tersebar melalui satu akaun twitter individu yang menggunakan MahsiH2 sebelum ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet.
Harian Metro Sabtu lalu menyiarkan kenyataan bekas tunang Leuniey yang menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek. – Metro

More about → Putus Tunang Bukan Kerana Khairul Fahmi (Apex)!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...