Terkejut Terima Bil Sejuta Dolar, Melamfau lah!

Sunday 24 June 2012


Texas – Setiap kali Kristin Harriger menerima bil elektrik, dia pasti bimbang kadar bil akan meningkat disebabkan penggunaan penghawa dingin di rumahnya.

Bagi ibu tunggal ini, paling tidak pun, dia terpaksa menyediakan $100 dolar untuk bil elektrik tersebut.

Namun kali ini, dia amat terkejut kerana bil yang diterimanya boleh menyebabkannya pengsan iaitu lebih sejuta dolar.

`Saya membuka bil berkenaan dan membacanya. Saya kemudian terkejut kerana tidak sangka bilnya mencecah $1,381,783.92,’’ katanya.

Pada mulanya Harriger menyangka ia merupakan gurauan, menyebabkan dia mengambil gambar bil tersebut dan menunjukkan kepada rakan-rakannya.

Namun selepas menghubungi syarikat pembekal utility berkenaan, Potentia Energy, Harriger mendapati ia bukan gurauan biasa.

Sebaliknya syarikat itu didapati telah mengenakan caj sebanyak $1,000 dolar perkilowat bagi setiap jam berbanding kadar biasa iaitu 9 sen perkilowatt bagi tempoh yang sama.

Mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan, bagi kediaman di kawasan yang didudukinya itu, kebiasaannya mereka menggunakan 8.2 hingga 12.1 sen per kilowatt bagi setiap jam.

Syarikat utiliti itu yang menyedari kesilapan tersebut berpunca akibat masalah computer, telah memaklumkan kepada Harriger bahawa bil yang sebenar akan dihantar kepadanya tidak lama lagi.

Dalam masa sama, Harriger telah mengetepikan wang sebanyak $150 dolar daripada perbelanjaannya untuk membayar bil yang akan diterimanya kelak.

“Saya adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak autistik, justeru saya terpaksa bekerja keras bagi menyara kehidupan kami.

“Dengan wang yang ada, kami terpaksa berjimat ketika berbelanja,’’ ujarnya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...