Adiputra Kecil Hati Dengan Aaron Aziz Kerana Soal PR?

Tuesday 10 July 2012


Umum mengetahui pelakon berbakat besar, Adi Putra masih menunggu keputusan permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) yang dimohonnya sejak enam tahun lalu. Tidak seperti rakan senegaranya, Aaron Aziz. Baru saja memohon pada Ogos tahun lalu, Aaron sudahpun menerima PR pada Jun lalu.

Ekoran dari perkara tersebut, timbul khabar angin kononnya Adi terkilan dan berkecil hati dengan Aaron. Berpeluang bertemu dengan pelakon KL Gangster ini di Majlis Pelancaran Filem Balistik, petang semalam digunakan GUA untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut.

“Saya tak rasa terkilan atau kecil hati sebab saya masih melaksanakan tugasan saya seperti biasa dan tak ada orang yang menghalang. Dari dulu saya tidak mempunyai sebarang kesukaran atau halangan untuk bekerja,” ujar Adi menepis dakwaan yang timbul.

“Saya tak ada masalah dan tak rasa secebis pun perasaan cemburu sebab setakat ini memang tak ada masalah yang timbul. Syukur, Alhamdulillah, saya tidak diganggu sepanjang 10 tahun saya menetap di Malaysia.”

Ditanya mengenai status permohonannya sekarang, Adi memberitahu, “PR masih belum dapat lagi. Saya tak boleh berkata panjang sebab itu adalah hak milik undang-undang, hak milik Kerajaan dan ia tak ada kena mengena dengan industri kita. Bagi saya, saya kena hormati akta itu. Saya juga perlu akur dan patuh mengikut prosedur.

Tambah pelakon Tentang Dhia ini lagi, “Saya ingin menegaskan, kes saya dengan Aaron berbeza. Walaupun kami satu warganegara, tapi kami berbeza kategori. Saya kes lain sebab isteri saya orang Malaysia. Jika suami atau isteri orang sini, layak untuk memohon PR paling minima adalah selepas lima tahun.

“Saya harus mengikut prosedur yang tertakluk. Saya tak boleh nak melanggar akta undang-undang Kerajaan sebab saya pun takut. Apa yang dikehendaki, saya ikut saja kerana saya perlu patuh undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan.

“Bagi saya, cepat atau lambat, tak ada masalah, cuma saya hanya perlu bersabar. Benda itu ikut nasib juga sebab berapa ramai yang mohon perkara ini,” ujarnya mengakhiri perbualan. Via

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...