Kasihan Nabil Bila Dibandingkan Dengan Suami Irma Hasmie!

Wednesday 4 July 2012


Kesian dengan pelawak dan juga Deejay suria FM, Nabil kerana dibandingkan dengan suami bekas kekasihnya iaitu Irma Hasmie. Apa tidaknya, agak ramai juga yang cuba membandingkan suami Irma Hasmie dengan Juara Raja Lawak Musim 2 tersebut. Tidak kurang juga yang mendakwa suami Irma Hasmie jauh lebih baik daripada Nabil.

Nabil pula memberi respon positif apabila ditanyakan mengenai hal ini kerana baginya sekarang, kebahagiaannya adalah bersama isterinya yang tercinta.
"Saya rasa, ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada saya kerana saya sudah lama tiada kena mengena dengan kehidupannya. Lagipun, saya punya keluarga saya sendiri.

"Jika benar seperti dakwaan orang itu, baguslah untuk Irma dan sebagai orang yang pernah mengenali dirinya saya doakan semoga dia bahagia dan cepat-cepatlah timang cahaya mata," katanya yang telah pun mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya, Nazirah Ayob sejak setahun yang lalu.
Nabil dan Irma sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun bersama, namun cinta mereka putus di tengah jalan.

Nabil yang hanya terima apa jua pandangan yang diberikan terhadap dirinya berharap pihak yang bijak menilai dirinya itu akan dapat memberikan tunjuk ajar kepada yang lain supaya menjadi lebih baik.
"Saya rasa, kalau pihak tersebut boleh menilai diri saya sudah tentu dia seorang yang sangat bagus. Jika begitu, saya rasa lebih baik dia ajar dan ajak saudara terdekatnya untuk menjadi lebih baik daripada menilai orang lain tanpa mengenali seseorang itu," tegasnya.
Dalam pada itu, Nabil memberitahu, dia sudah semakin teruja untuk menyambut kelahiran orang baru biarpun isterinya baru sahaja hamil empat bulan.
"Saya akui teruja untuk menimang cahaya mata pertama. Selama dia hamil, rasanya saya pula yang lebih terasa penat dan mengidam bermacam-macam berbanding dia.

"Pelik juga sehinggakan saya kini lebih kerap dan suka makan daging kambing pula," tambahnya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 September tahun lalu.
 Yang lepas biarlah berlalu, sabar yea Nabil. Itu dugaan bergelar artis.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...