Kejamnya Rakyat China, Tak Mengenang Budi!

Monday 9 July 2012


Ini kisah benar yang berlaku di China pada 3 Julai yang lepas. Alkisahnya, Deng Jinjie, 27, membawa anjingnya bersiar-siar di sungai. Tiba-tiba, Deng terdengar suara orang meminta pertolongan. Rupanya-rupanya, 3 sekeluarga sedang lemas dihanyut arus deras.

Tanpa berlengah, Deng terjun menyelamatkan mereka bertiga. Namun, Deng tiba-tiba mengalami kekejangan lantas tenggelam dalam sungai. Tak tahu dengan nasib Deng, 3 mangsa lemas yang selamat tadi mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kejadian. Orang ramai menahan mereka, namun, mereka menjawab itu bukan masalah mereka.


Pihak penyelamat meneruskan operasi bagi mencari mayat Deng Jinjie. Akhirnya, mereka berjaya menemui Deng. Namun, Deng sudah tidak bernyawa.


Adik Deng tidak dapat menerima kenyataan bahawa Deng telah pergi buat selamanya.


Apa yang lebih mereka kesalkan, tiga jahanam yang Deng selamatkan itu langsung tidak mempedulikan keadaannya.


Kasihan dengan orang yang cuba menyelamatkan tetapi akhirnya dia yang menjadi mangsa. Bagaimana? yang mana satu watak pilihan kamu, jawapannya terserah kepada diri kamu.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...