Kerana Terlalu lapar, Kanak-Kanak Ini Minum Susu Anjing

Tuesday 10 July 2012

Kerana terlalu lapar, Chotu Kumar yang baru berusia 6 tahun minum susu anjing yang berkeliaran berhampiran rumahnya. Chotu berasal dari keluarga miskin dari daerah Jharkhand, Timur India. Dia tinggal di rumah usang bersama nenek, ibu, abang dan adiknya sementara bapanya pula telah meninggal dunia 4 tahun lalu.


Menurut ibunya, Shanichari Devi, 37 Chotu mula minum susu anjing sejak 2 tahun lepas kerana keluarganya tidak mampu membeli susu buatnya. Pada mulanya Shanichari terkejut apabila mendapati anaknya minum susu terus dari puting anjing. Dia bertindak menarik anaknya namun selepas itu Chotu tetap akan mengulang perbuatannya setiap kali dia kelaparan. Akhirnya, Shanichari hanya membiarkan perbuatan anak keduanya itu.

“Keluarga kami sangat miskin, kadangkala aku berasa sangat lapar. Anjing itu tidak menggigitku, aku menyukainya dan ia juga menyukaiku. Ia melayanku sama seperti anaknya yang lain. Aku suka bermain dengan anjing-anjing, mereka adalah teman-temanku,” kata Chotu.

Uniknya, anjing tersebut tidak marah dan hanya membiarkan Chotu minum susu dari putingnya.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...