Seorang Lagi Artis Sertai PAS, Yatt Hamzah.

Tuesday 17 July 2012



Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor semalam. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor.

Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. 

CTS tidak mengenali sangat artis ini atau apa saja kisah silamnya dan CTS mengalu-alukan tindakan beliau untuk memakai tudung. Tentang perjuangannya di dalam PAS, itu adalah hak beliau. Cuma CTS minta, janganlah menjadi seperti Abby Abadi.

Selepas memakai tudung dan menyokong perjuangan PAS, beliau berdiri di pentas-pentas ceramah dengan mengkritik dan menghina Kerajaan yang sedia ada. Beliau sahajalah yang betul dan ilmu Agama beliau sajalah yang tinggi.

Contohilah Anna Raffali, walaupun beliau sudah berumahtangga dan memakai tudung, tidak ada satu kritikanpun beliau lemparkan kepada sesiapa dan mendabik dada bahawa beliau seorang penganut Islam yang sebenar. via -Cucu Tok Selampit

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...