Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Kisah Benar , Bertaubatnya Seorang Pondan!

Friday, 20 July 2012


Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) di ibu negara sebagai Operator cum penyambut tetamu.

Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan..

oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.

Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah ... lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari ... apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir ... macam-macam ada ... Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu.

Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan ... takut-takut ada yang patah katil bujang nanti... sabun pulak jangan cherita lah ... sejak-sejak kebelakangan ni, asyik kehabisan stok saja ...

Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya ..tak sama line lah braderrrr.. Hari demi hari berlalu dengan pantas ... kehidupan kotaraya makin mencabar ... kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan ... kes jenayah makin menjadi-jadi ... rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya yang telah vogue gitu ...

Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya..Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan ke'Ayu"an.

Di panjangkan cerita..Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 999 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula bergerak ... namun Ayob masih maintain machonya

Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .

Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenagnya nak bertaubat.. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf ...

TAUBATTTTT ... aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun

sorathabag macam dot dot dot tu .... isk isk isk huaaaaaa ... .

Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan.

Alhamdulillah ...

Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat.. Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali ni habis-habisan. Aku akan ... jeng..jeng..jeng ... .. .

... ...

... ...

... ...

... ...

... ...

pakai tudung dengan baju kurung ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What do u thing Ayob ?

Ayob : #$5@&* !!! Astagfirullah... ... ..( Ingat taubat betoi-betoi )

More aboutKisah Benar , Bertaubatnya Seorang Pondan!

Bolehkah Ibu Yang Sedang Mengandung, Berpuasa?

Thursday, 19 July 2012

Assalamualaikum...

Menjelang bulan Ramadhan,ramai ibu2 dan bakal ibu yang risau untuk menjalankan ibadah puasa secara penuh kerana kuatir impak perubahan pola makan terhadap kesihatan bayi didalam kandungan.Padahal kajian menunjukkan,puasa dapat memberikan impak positif bagi ibu hamil asalkan ibu dalam keadaan sihat serta pola makan diatur dengan baik dan pengambilan nutrisi tetap terjaga dengan seimbang.

Salah satunya manfaat puasa bagi ibu hamil adalah membantu pembakaran lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh.
perubahan pola makan dari tiga kali sehari menjadi dua kali sehari selalu membuat ibu hamil risau untuk menjalankan ibadah puasa. ini kerana ada yang beranggapan wanita hamil yang berpuasa memiliki risiko melahirkan bayi yang kurang berat badan.
Namun perlu diingat bahawa masalah berat badan bayi kurang hanya dialami oleh wanita yang cenderung memiliki pola makan dan diet yang teruk


kajian lain juga menunjuk kan bahawa berpuasa di bulan pertama kehamilan dapat mengakibatkan penurunan berat badan bayi ketika lahir. Namun penurunan ini hanya sekitar 40 gram dan tidak akan memberi kesan langsung pada bayi.

wanita hamil yang berpuasa akan mengalami perubahan keseimbangan kimia dalam darah. Namun, perubahan ini tidak berbahaya bagi ibu dan bayinya.


namun wanita hami perlu membatalkan puasa jika ada tanda-tanda seperti pendarahan, kontraksi (lebih dari empak kali dalam 1 jam), terjadi penurunan pergerakan janin, penglihatan kabur, tegang otot,sesak nafas dan pening kepala.

Oleh itu, ibu hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup dan menjauhkan diri dari stres. Selalu ingat untuk mengambil nutrisi yang mencukupi ketika berbuka puasa.

ibu hamil umumnya memerlukan nutrisi yang berbeda dengan wanita biasa. disarankan supaya ibu hamil mengambil makanan berasakan susu dan protein lebih kurang dua kali ganda lebih banyak.Pastikan juga pengambilan nutrisi ketika puasa mencukupi di malam hari dengan memperbanyakkan makanan yang kaya serat dan minum air kosong yang banyak.

Jangan mengambil gula berlebih sewaktu sahur kerana boleh menyebabkan insulin shock.elak kan juga minuman berais dan berkafein ketika sahur.

More aboutBolehkah Ibu Yang Sedang Mengandung, Berpuasa?

3 Kesalahan Besar Wanita Selepas Kahwin

Wednesday, 18 July 2012


Ada beberapa kesalahan yang seringkali dilakukan wanita setelah ia berkahwin. Walau kesalahan tersebut tidak membawa kepada konflik dengan suami atau mertua, namun boleh merugikan diri sendiri di kemudian hari.

1. Mengubah Diri Demi Suami, Mertua dan Ipar
Ketika seorang wanita memasuki kehidupan perkahwinan, awalnya ia begitu bersemangat untuk menyenangkan suami, mertua atau suadara iparnya. Misalnya, ketika suami meminta anda mengenakan baju setiap masa dan memanjangkan rambut, padahal anda lebih selesa dengan gaya tomboy atau, mertua yang menguasai cara anda membesarkan anak.

Semua perkara tersebut pun anda lakukan kerana perasaan cinta yang menggebu dan demi mendapat gelaran ‘isteri dan menantu baik’. Walau bertujuan baik, melakukan hal untuk orang lain kerap kali menghilangkan jati diri seseorang. Bukan mengajarkan untuk berprasangka buruk, tetapi anda perlu membezakan kewajipan yang harus dilakukan demi suami dan mertua, serta hal yang boleh membuat anda ‘dikawal’ orang lain.

2. Membuat Akaun Tabungan Bersama
Membuat akaun bersama tentu boleh membuat segala hal mengenai bayaran rumah tangga menjadi lebih mudah. Namun bukan bererti anda tidak mempunyai akaun simpanan atas nama sendiri. Buatlah komitmen mengenai tabungan bersama, dan tetap mempunyai tabungan sendiri untuk memenuhi segala keperluan peribadi anda. Lagipun, mempunyai tabungan sendiri menjadikan anda tak bergantung pada suami ketika ingin membeli barangan keperluan anda. Sebaiknya, elakkan menyerahkan nasib kewangan anda pada orang lain.

3. Kebergantungan Pada Suami
Meyerahkan semua tanggung jawab rumah tangga ke suami boleh mengakibatkan buruk di kemudian hari. Secara tidak sedar anda boleh melupakan cara hidup berdikari dan tidak punya kemahuan untuk menjadi peribadi yang lebih ‘maju’. Misalnya, suami yang sudah mempunyai pendapatan lebih dari cukup, menjadikan anda ‘malas’ berkarier dan bergantung secara kewangan. Mungkin hal itu terdengar biasa, namun kebergantungan pada suami boleh membahayakan ketika masa sulit datang, misalnya suami meninggal, atau bercerai.

More about3 Kesalahan Besar Wanita Selepas Kahwin

Produk "Panas" Masterchef Selebriti Tidak Lama Lagi Dipasaran!

Tuesday, 17 July 2012








AMARAN : Foto diatas adalah palsu dan sekadar gurauan :D

More aboutProduk "Panas" Masterchef Selebriti Tidak Lama Lagi Dipasaran!

Lelaki Amerika Peluk Islam Lepas Lihat Saf Solat

Sunday, 15 July 2012


Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.

Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu

” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab

” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”

Sheikh itu berkata

” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”

Lelaki itu menjawab

” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi

Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab

” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah

” Rapatkan Saf… “

Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.


Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata

“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH

I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger

Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini...

More aboutLelaki Amerika Peluk Islam Lepas Lihat Saf Solat

Cara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna

Saturday, 14 July 2012


Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah )..

Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

More aboutCara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna

Gambar SNSD Girl Generation,Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik

Minat kumpulan k-pop SNSD Gril Generation tak? mereka cantik kan, tapi ni gambar mereka yang 'lebih' cantik sebelum buat pembedahan plastik. ;)



Tae Yeon


Jessica


Sunny


Tiffany


Hyo Yeon


Yuri


Soo Young


Yoona


Seo Hyun

More aboutGambar SNSD Girl Generation,Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik

Pelik, Air Liur bayi Ini Bertukar Menjadi Kristal!


Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.

More aboutPelik, Air Liur bayi Ini Bertukar Menjadi Kristal!

Serius Lawak! Lelaki Ini Bercium Dengan Wanita Cantik!

Friday, 13 July 2012



More aboutSerius Lawak! Lelaki Ini Bercium Dengan Wanita Cantik!

Polis Wanita Ini Tetap Bertugas Walaupun Hujan Begitu Lebat!

Bagus betul polis wanita ini, walaupun hujan begitu lebat sekali namun demi tugas, beliau tetap meneruskan tanpa memikirkan keselamatan diri, mungkin baginya keselamatan orang ramai lagi penting ;)

i like!






More aboutPolis Wanita Ini Tetap Bertugas Walaupun Hujan Begitu Lebat!

Cicak Menyerupai Spiderman (8 Gambar)

Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, baru-baru ini.

Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka.

Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman.

“Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai,” katanya.

















More aboutCicak Menyerupai Spiderman (8 Gambar)

OMG! Gajah Ini Terer Melukis!

Eh gajah sape nih..pandai betul, dia patut ambil course seni lukisa. huh..







More aboutOMG! Gajah Ini Terer Melukis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...