Aidil Suami Yang Lupa Tanggungjawab Jika Tidak Diingatkan - Rita Rudaini.

Monday 23 April 2012


Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.” Itulah antara kenyataan dari Rita Rudaini sendiri kepada sebuah akhbar tempatan, Berita Harian. Umum sudah mengetahui, hubungan suami isteri ini semakin dingin dan kian hancur disebabkan kedua-dua pihak yang sudah mengambil keputusan untuk berpisah.

Info terbaru pula mengatakan Rita Rudaini yang kini sudah bersedia untuk berpisah dengan Aidil itu bakal memfailkan tuntutan nafkah yang telah tertunggak selama 4 tahun termasuklah tuntutan nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.
“Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak.” – dipetik dari Berita Harian.
 Itulah luahan dari ibu kepada dua anak ini. Kecuaian Aidil dalam memberi nafkah kepada anak-anaknya itu menyebabkan Rita Rudaini mahu mendapatkan keadilan, Tetapi yang pasti tuntutan tersebut bukanlah ratusan ringgit, semestinya mencecah ribuan ringgit dan mungkin ini diluar kemampuan Aidil selaku pemain bola sepak sahaja. Berapa agaknya ya pendapatan Aidil sebagai seorang pemain bola sepak kebangsaan...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...