Hati Fida Masih Terbuka Buat Mamat Sepah, Akui Keluar Bersama!!

Monday 23 April 2012


Walaupun sudah memutuskan hubungan cinta yang terjalin sebelum ini, Fida akui masih berhubung dan  keluar bersama Mamat selepas putus dengan pelawak itu. Fida juga menyatakan beliau bersedia menerima Mamat sepah kembali dan juga bersedia untuk menerima jika Mamat sepah adalah jodohnya.
"Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu. Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula. Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya. Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan,"katanya yang ditemui ketika siri jelajah pertama Barisan Artis Nasional di Ipoh Perak, kemarin.
Mengimbas kembali, Hubungan cinta Fida dan Mamat Sepah berakhir pada Oktober tahun lalu, dek kerana tercetusnya isu panas apabila Mamat memuat naik foto Fida di laman sosial Facebook yang menampakkan sebahagian rambutnya.

Fida yang ketika itu marah dengan tindakan Mamat serta tertekan dengan tomahan banyak pihak yang mengatakan dia berani membuka aurat iaitu sebahagian rambutnya sebagai artis bertudung telah membuat keputusan memutuskan hubungan mereka.

Kini selepas menjalin hubungan sebagai kawan, Fida akui telah mendapat banyak tentangan daripada pihak lain yang tidak senang dengan hubungannya itu.

Namun, menurut Fida, ia langsung tidak menjadi halangan atau mempengaruhinya untuk terus berkawan dengan Mamat Sepah.
"Ramai yang tidak senang dan gembira dengan hubungan kami walaupun ianya sekadar kawan. Namun, semakin ramai yang menentang, semakin saya kasihankan Mamat kerana bagi saya sebagai seorang kawan saya perlu ada di sisinya untuk memberi semangat ketika dia susah," luahnya lagi.
Apabila ditanyakan sejauh mana hubungannya dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 30-an dan berasal dari Kedah itu, Fida memberitahu ia hanya sekadar kawan rapat dan tidak lebih daripadanya.
"Walaupun kami sudah mula rapat sejak beberapa bulan lalu, namun saya belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius dengannya dan juga sesiapa. Saya tidak memikirkan sebuah hubungan yang serius lagi, buat masa ini kerana apa yang saya mahu tumpukan adalah kerjaya lakonan dan nyanyian saya. Namun jika ada jodoh, saya tidak menolak walau dengan sesiapa pun dan berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin tanpa mengambila jangka masa untuk berkawan yang agak lama," tambahnya lagi. ~Murai

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...