Hans Isaac Bela Neelofa, Z Bipop Wartawan Bodoh!

Wednesday 13 June 2012


Berikutan kekecohan yang berlaku antara dua pelakon yang sedang meningkat naik, Neelofa dan Anzalna Nasir seperti yang disiarkan dalam sisipan hiburan sebuah akhbar, pelakon dan penerbit terkenal, Hans Isaac tampil membela Neelofa dalam akaun Twitternya.

Menerusi statusnya di laman sosial ini, Hans mencadangkan agar Neelofa mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan yang menulis artikel berkenaan di samping mencabar wartawan berkenaan berdebat secara langsung di kaca TV.

Selain itu, Hans turut meluahkan rasa kecewanya apabila wartawan tersebut seperti sengaja mencari isu yang tidak masuk akal dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir dalam sisipan akhbar terbitan hujung minggu lalu.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...