Tiz Zaqyah Tak Mahu Ambil Tahu Remy Ishak Di Hospital?

Friday 15 June 2012


Tiz Zaqyah ditemui untuk mendapatkan penjelasan mengenai layanan sampah terhadap Remy Ishak yang dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia.

Angkara tidak mendapat perhatian yang diharapkan daripada kekasihnya Tiz Zaqyah, pelakon itu telah meluahkan perasaannya di laman Twitter dengan merujuk teman wanitanya itu melayannya seperti sampah.
“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” tulis Remy di laman Twitternya.
Bertemu Tiz Zaqyah sewaktu tayangan perdana drama bersiri terbarunya, Tiz menjelaskan tweet tersebut bukan daripadanya dan enggan memberikan komen lanjut.

“Dia yang sakit. Saya biarkan saja. Biarlah.” ulas Tiz penuh makna.

Namun pelakon filem terkenal itu berharap agar semua pihak tidak menghakimi dan menghukum mana-mana pihak.

Tiz zaqyah seakan tidak mahu ambil kisah mengenai hal yang menimpa Remy Ishak, mungkinkah ada sesuatu yang terjadi antara mereka, bergaduh besar agaknya..

“Interpretasi masyarakat terhadap hubungan ini tidak pernah berakhir. Perkara ini hanya secubit sahaja dalam kehidupan orang.” ujar Tiz mengakhiri bicara.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...