3 Kesalahan Besar Wanita Selepas Kahwin

Wednesday 18 July 2012


Ada beberapa kesalahan yang seringkali dilakukan wanita setelah ia berkahwin. Walau kesalahan tersebut tidak membawa kepada konflik dengan suami atau mertua, namun boleh merugikan diri sendiri di kemudian hari.

1. Mengubah Diri Demi Suami, Mertua dan Ipar
Ketika seorang wanita memasuki kehidupan perkahwinan, awalnya ia begitu bersemangat untuk menyenangkan suami, mertua atau suadara iparnya. Misalnya, ketika suami meminta anda mengenakan baju setiap masa dan memanjangkan rambut, padahal anda lebih selesa dengan gaya tomboy atau, mertua yang menguasai cara anda membesarkan anak.

Semua perkara tersebut pun anda lakukan kerana perasaan cinta yang menggebu dan demi mendapat gelaran ‘isteri dan menantu baik’. Walau bertujuan baik, melakukan hal untuk orang lain kerap kali menghilangkan jati diri seseorang. Bukan mengajarkan untuk berprasangka buruk, tetapi anda perlu membezakan kewajipan yang harus dilakukan demi suami dan mertua, serta hal yang boleh membuat anda ‘dikawal’ orang lain.

2. Membuat Akaun Tabungan Bersama
Membuat akaun bersama tentu boleh membuat segala hal mengenai bayaran rumah tangga menjadi lebih mudah. Namun bukan bererti anda tidak mempunyai akaun simpanan atas nama sendiri. Buatlah komitmen mengenai tabungan bersama, dan tetap mempunyai tabungan sendiri untuk memenuhi segala keperluan peribadi anda. Lagipun, mempunyai tabungan sendiri menjadikan anda tak bergantung pada suami ketika ingin membeli barangan keperluan anda. Sebaiknya, elakkan menyerahkan nasib kewangan anda pada orang lain.

3. Kebergantungan Pada Suami
Meyerahkan semua tanggung jawab rumah tangga ke suami boleh mengakibatkan buruk di kemudian hari. Secara tidak sedar anda boleh melupakan cara hidup berdikari dan tidak punya kemahuan untuk menjadi peribadi yang lebih ‘maju’. Misalnya, suami yang sudah mempunyai pendapatan lebih dari cukup, menjadikan anda ‘malas’ berkarier dan bergantung secara kewangan. Mungkin hal itu terdengar biasa, namun kebergantungan pada suami boleh membahayakan ketika masa sulit datang, misalnya suami meninggal, atau bercerai.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...