Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Petua Supaya Senang Hamil

Friday, 20 July 2012


Petua Supaya Mudah Hamil
Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....
  • Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
  • Kemudian, buang biji kurma tu
  • Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  • Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
  • Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
  • Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain. via

More aboutPetua Supaya Senang Hamil

Bolehkah Ibu Yang Sedang Mengandung, Berpuasa?

Thursday, 19 July 2012

Assalamualaikum...

Menjelang bulan Ramadhan,ramai ibu2 dan bakal ibu yang risau untuk menjalankan ibadah puasa secara penuh kerana kuatir impak perubahan pola makan terhadap kesihatan bayi didalam kandungan.Padahal kajian menunjukkan,puasa dapat memberikan impak positif bagi ibu hamil asalkan ibu dalam keadaan sihat serta pola makan diatur dengan baik dan pengambilan nutrisi tetap terjaga dengan seimbang.

Salah satunya manfaat puasa bagi ibu hamil adalah membantu pembakaran lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh.
perubahan pola makan dari tiga kali sehari menjadi dua kali sehari selalu membuat ibu hamil risau untuk menjalankan ibadah puasa. ini kerana ada yang beranggapan wanita hamil yang berpuasa memiliki risiko melahirkan bayi yang kurang berat badan.
Namun perlu diingat bahawa masalah berat badan bayi kurang hanya dialami oleh wanita yang cenderung memiliki pola makan dan diet yang teruk


kajian lain juga menunjuk kan bahawa berpuasa di bulan pertama kehamilan dapat mengakibatkan penurunan berat badan bayi ketika lahir. Namun penurunan ini hanya sekitar 40 gram dan tidak akan memberi kesan langsung pada bayi.

wanita hamil yang berpuasa akan mengalami perubahan keseimbangan kimia dalam darah. Namun, perubahan ini tidak berbahaya bagi ibu dan bayinya.


namun wanita hami perlu membatalkan puasa jika ada tanda-tanda seperti pendarahan, kontraksi (lebih dari empak kali dalam 1 jam), terjadi penurunan pergerakan janin, penglihatan kabur, tegang otot,sesak nafas dan pening kepala.

Oleh itu, ibu hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup dan menjauhkan diri dari stres. Selalu ingat untuk mengambil nutrisi yang mencukupi ketika berbuka puasa.

ibu hamil umumnya memerlukan nutrisi yang berbeda dengan wanita biasa. disarankan supaya ibu hamil mengambil makanan berasakan susu dan protein lebih kurang dua kali ganda lebih banyak.Pastikan juga pengambilan nutrisi ketika puasa mencukupi di malam hari dengan memperbanyakkan makanan yang kaya serat dan minum air kosong yang banyak.

Jangan mengambil gula berlebih sewaktu sahur kerana boleh menyebabkan insulin shock.elak kan juga minuman berais dan berkafein ketika sahur.

More aboutBolehkah Ibu Yang Sedang Mengandung, Berpuasa?

3 Kesalahan Besar Wanita Selepas Kahwin

Wednesday, 18 July 2012


Ada beberapa kesalahan yang seringkali dilakukan wanita setelah ia berkahwin. Walau kesalahan tersebut tidak membawa kepada konflik dengan suami atau mertua, namun boleh merugikan diri sendiri di kemudian hari.

1. Mengubah Diri Demi Suami, Mertua dan Ipar
Ketika seorang wanita memasuki kehidupan perkahwinan, awalnya ia begitu bersemangat untuk menyenangkan suami, mertua atau suadara iparnya. Misalnya, ketika suami meminta anda mengenakan baju setiap masa dan memanjangkan rambut, padahal anda lebih selesa dengan gaya tomboy atau, mertua yang menguasai cara anda membesarkan anak.

Semua perkara tersebut pun anda lakukan kerana perasaan cinta yang menggebu dan demi mendapat gelaran ‘isteri dan menantu baik’. Walau bertujuan baik, melakukan hal untuk orang lain kerap kali menghilangkan jati diri seseorang. Bukan mengajarkan untuk berprasangka buruk, tetapi anda perlu membezakan kewajipan yang harus dilakukan demi suami dan mertua, serta hal yang boleh membuat anda ‘dikawal’ orang lain.

2. Membuat Akaun Tabungan Bersama
Membuat akaun bersama tentu boleh membuat segala hal mengenai bayaran rumah tangga menjadi lebih mudah. Namun bukan bererti anda tidak mempunyai akaun simpanan atas nama sendiri. Buatlah komitmen mengenai tabungan bersama, dan tetap mempunyai tabungan sendiri untuk memenuhi segala keperluan peribadi anda. Lagipun, mempunyai tabungan sendiri menjadikan anda tak bergantung pada suami ketika ingin membeli barangan keperluan anda. Sebaiknya, elakkan menyerahkan nasib kewangan anda pada orang lain.

3. Kebergantungan Pada Suami
Meyerahkan semua tanggung jawab rumah tangga ke suami boleh mengakibatkan buruk di kemudian hari. Secara tidak sedar anda boleh melupakan cara hidup berdikari dan tidak punya kemahuan untuk menjadi peribadi yang lebih ‘maju’. Misalnya, suami yang sudah mempunyai pendapatan lebih dari cukup, menjadikan anda ‘malas’ berkarier dan bergantung secara kewangan. Mungkin hal itu terdengar biasa, namun kebergantungan pada suami boleh membahayakan ketika masa sulit datang, misalnya suami meninggal, atau bercerai.

More about3 Kesalahan Besar Wanita Selepas Kahwin

Info SIhat : Kopi Mampu Merawat Selulit

Tuesday, 17 July 2012


Kebanyakan wanita berisiko memiliki selulit di bahagian peha, pinggul dan perut. Pada dasarnya, selulit merupakan gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit, dan sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit sehingga menyebabkan tekstur kulit menjadi seperti menggerutu.

Secara umumnya, menghilangkan selulit merupakan satu perkara yang mustahil. Akan tetapi selulit dapat dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat seperti beriadah, banyak minum air kosong dan kurangkan pengambilan makanan berlemak.

Tahukah anda, kopi juga merupakan salah satu penawar untuk mengurangkan pembentukan selulit di bahagian badan. Ini kerana, kandungan kafein pada kopi dikatakan mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan yang paling penting adalah ia mampu mengurangkan timbunan lemak pada badan.
Berikut merupakan cara-cara untuk merawat selulit menggunakan serbuk kopi :
  1. Pertama sekali sediakan bahan-bahan seperti serbuk kopi, garam laut dan minyak urut.
  2. Campurkan kesemua bahan tersebut dalam satu bekas dan kacau sampai sebati.
  3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh. Sambil itu, urut secara lembut tubuh anda terutamanya pada bahagian yang ada selulit.
  4. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.
Untuk hasil yang lebih efektif, anda hendaklah mengamalkan cara ini dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!

More aboutInfo SIhat : Kopi Mampu Merawat Selulit

Cara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna

Saturday, 14 July 2012


Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah )..

Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

More aboutCara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna

Mike Tyson Pergi Mekah!

Friday, 13 July 2012

“ Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu melayakkan saya masuk neraka sahaja. Namun saya memohon keampunan daripada-Nya setiap hari...”


- Mike Tyson-

 


More aboutMike Tyson Pergi Mekah!

3 Perkataan Yang Boleh Merosakkan Hubungan, Jangan Gunakannya!

Wednesday, 11 July 2012


Terdapat tiga perkataan yang sering dibualkan dalam kehidupan seharian yang mempunyai potensi besar sebagai perosak hubungan. Ketahui tiga perkataan ini agar tidak menggunakan secara salah kepada pasangan anda, bagi mengelakkan terganggunya hubungan yang sekian lama terjalin.

1. TETAPI
Perkataan 'TETAPI' atau 'TAPI' biasanya digunakan di awal atau pertengahan ayat, memadamkan maksud apapun yang diperkatakan sebelumnya. Perkataan ini berfungsi sebagai 'pemadam'. Ertinya, ketika anda berbual dengan pasangan anda tentang beberapa perkara dan kemudian diucapkan kalimah 'TETAPI', maka ucapan anda sebelum itu tidak lagi jadi bermakna.

Contohnya, "Saya mahu buat semua itu, tapi...". Okay, niat anda untuk melakukan sesuatu tidak lagi bermakna selepas perkataan "TAPI" itu muncul. Disarankan, sebaiknya anda gantikan 'TETAPI' dengan perkatan 'DAN' atau 'JADI'.

2. TIDAK
Perkataan 'TIDAK' atau 'TAK' lebih cenderung membawa maksud negatif. Cubalah untuk mengucapkan perkataan yang lebih bermakna positif. Ucapan seperti ini misalnya, "Saya tidak mahu ikut awak ke sana" ada baiknya digantikan dengan ayat yang lebih bernuansa positif, "Saya akan tinggal di rumah saja hari ini".

3. AWAK
Tinggalkan kebiasaan mengucapkan perkataan 'AWAK' atau 'KAMU' di awal ayat, kerana perkara ini akan kelihatan seperti bossy dan suka memerintah.

Tukar bila terniat mengatakan "Awak patut..." dengan mengucapkan "Saya rasa awak patut...". Cubalah untuk tidak bersikap mendominasi atau memerintah semasa berkomunikasi, termasuk dengan pasangan anda.

Kebiasaan berkomunikasi dengan perkataan dan juga bahasa yang lebih positif akan menghasilkan percakapan yang lebih produktif, dan lebih intim. Imbas kembali cara anda dan pasangan anda berkomunikasi. Jika masih terdapat tiga perkataan ini, cubalah untuk mengubah dengan cara yang lebih bersesuaian. Percayalah, dengan mengambil berat tentang hal ini, hubungan anda dan pasangan akan menjadi lebih intim dan mesra.

More about3 Perkataan Yang Boleh Merosakkan Hubungan, Jangan Gunakannya!

Anda Pecinta Kucing? Ini Fakta Yang Menarik Mengenai Kucing


Semua orang tahu apa itu kucing. Malah ramai juga di antara kita yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Karektor dan sifat kucing yang manja mennyebabkan ramai yang sukakan kucing, namun korang tahu tak tentang berberapa fakta menarik mengenai kucing? Berikut adalah fakta-fakta yang menarik mengenai kucing yang perlu korang tahu.

1. Kucing itu nokturnal – bermakna ia bersifat tidak berapa aktif pada waktu siang (mungkin banyak tidur) dan begitu aktif pada waktu malam.

2. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

3. Kucing itu karnivor – iaitu ia memakan daging sebagai sumber makanan utama.

4. Kucing punya bulu yang berfungsi mirip misainya di belakang kaki depan mereka.

5. Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia).

6. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).

7. Aspirin mematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metabolisme aspirin).

8. Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne).

9. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).

10. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

11. Birman, kucing bermata biru ini dipercaya sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma.

12. Kucing jenis Turkish Van amat menyukai air sampai digelar sebagai Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.

13. Nada E pada oktav keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach).

14. Kucing boleh kembali lagi ke rumah meski dibuang beberapa kilometer dari rumah tanpa diberi kompas.

15. Kucing punya efek menenangkan (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil).

16. Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu).

17. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

18. Masih di zaman Mesir kuno, kalau ada kucing piaraan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berduka.

19. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orangutan.

20. Kucing punya lebih dari seratus macam suara.

21. Ada juga kucing yang kidal.

22. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya.

23. Kucing boleh lari sampai hampir 50 km/jam.

24. Penglihatan kucing sekitar enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.

25. Kucing hampir tidak mengiau kepada kucing yang lain kecuali waktu waktu khusus.

26. Kucing mandi (menjilati dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

27. Kucing tidak berpeluh.

28. Kucing boleh mendengar suara tinggi sehingga frekuensi 65 kHz.

29. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan per minit).

30. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius.

31. Kucing jantan boleh mulai berketurunan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

32. Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (takut terhadap kucing).

33. Semua kucing lahir dengan mata biru.

34. Keluarga kucing adalah salah satu mamalia tertua.

35. Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast adalah ibu dari semua kucing.

36. Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari Amerika. Di Asia, kucing hitam sebaliknya dianggap pembawa keuntungan.

37. Kucing dengan pola bulu calico dan tortoise shell biasanya betina.

38. Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap.

39. Urine kucing bersinar dalam cahaya hitam.

40. Catnip disukai kucing kerana baunya mirip dengan bau betina dominan.

41. Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain.

42. Golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah AB.

43. Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (BahasaInggeris).

44. Kucing punya lapisan bulu sejati di bawah bulunya.

45. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

46. Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade.

47. Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya.

48. Pada tahun 1888, 300,000 mummy kucing dijumpai di Beni Hasan, Mesir, dijual $18.43/tan, dikirim ke England untuk digiling hancur dan dijadikan baja.

49. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding dengan setiap mamalia yang lain.

50. Henry I dari Sachsen memutuskan bahawa denda kerana membunuh kucing harus enam puluh gantang jagung.

51. Seekor kucing memiliki 230 tulang dalam tubuhnya manakala seorang manusia hanya memiliki 206 tulang.

52. Seekor kucing mempunyai empat baris kumis.

53. Seekor kucing boleh terburu-buru lari di sekitar tiga puluh satu batu per jam.

54. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

Dan akhirnya yang menariknya ialah, kalau pecinta kucing berkahwin dengan pecinta kucing lainnya, mereka akan bahagia selamanya. (betul ke???)

More aboutAnda Pecinta Kucing? Ini Fakta Yang Menarik Mengenai Kucing

Permulaan : Mesej Menuju Zina Dizaman Moden.

Tuesday, 10 July 2012


Zina, tentulah ada permulaan dan diakhiri dengan seribu penyesalan. Tetapi permulaan untuk berzina adalah terlalu banyak, Ini adalah salah satu contoh permulaan zina yang terhasil dari teknologi maju zaman ini. 

Teks video dipetik dari satu kisah tidak diketahui sumber asalnya (sangat dihargai jika dimaklumkan) dengan sedikit olahan. 

Kita yakin kisah tersebut adalah suatu pengalaman yang benar, sama ada yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi buat sesiapa sahaja yang melalui jalannya. Ianya adalah satu PERMULAAN yang berakhir dengan sesuatu yang kita dah ketahui. Anda nilaikan sendiri!



More aboutPermulaan : Mesej Menuju Zina Dizaman Moden.

Gambar permukaan planet Marikh


WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyiarkan gambar permukaan planet Marikh kelmarin.

Gambar itu dirakamkan kenderaan penjelajah planet itu, Opportunity milik NASA.

Terdapat jejak pergerakan kenderaan tersebut di dalam gambar itu. – Reuters

More aboutGambar permukaan planet Marikh

10 Tanda Kekasih Anda Tengah Pokai @Tiada Duit


TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Jum berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

1.Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.

“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

2.Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”

3.Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.

4.Pulang awal

Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.

Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

5.Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”

6.Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

7.Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

8.Hanya menemani

“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

9.SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

10.Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.

More about10 Tanda Kekasih Anda Tengah Pokai @Tiada Duit

Sedih!! Cara Ibu di China Menjaga Anak Mereka Ketika Bekerja

Monday, 9 July 2012




Apabila ibu bapa di China tidak mampu membayar dan membawa anak mereka ke penjagaan kanak-kanak, mereka meninggalkan anak-anak mereka di tempat kerja atau meletakkannya di jalan-jalan dengan diikat, kesian betul dengan budak2 nih.




More aboutSedih!! Cara Ibu di China Menjaga Anak Mereka Ketika Bekerja

Menakjubkan! Menunaikan Solat Di Dalam Air.

 

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar-tukar baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.





More aboutMenakjubkan! Menunaikan Solat Di Dalam Air.

Sebab Mengapa Orang Melayu Makan Menggunakan Tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri.  Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.  Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.  Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.  Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.  Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?  Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.  Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese The Guilding Off” oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.  Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.  Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya… ……… !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  “Kenapa anda makan dengan tangan ?  Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga  sebab:
Pertama:  Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya bukan orang lain.  Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua:     Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga:     Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang…. ……… !!
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.  Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut…. ………
Moralnya:  Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.  Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu…

More aboutSebab Mengapa Orang Melayu Makan Menggunakan Tangan

22 Sebab Mengapa Malaikat Rahmat Tidak Sudi Masuk Ke Rumah Kita


1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti black metal.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

WALLAHUALAM

More about22 Sebab Mengapa Malaikat Rahmat Tidak Sudi Masuk Ke Rumah Kita

20 Tanda Seorang Lelaki Itu Dicintai Jin Betina


Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini.

1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya).

4. Anda suka bersendirian berjalan malam.

5. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

6. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

7. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

8. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

9. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.

10. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata. Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

11. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

12. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

13. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

14. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

15. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

16. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

17. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

18. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya, selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

19. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

20. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.…dan sebagainya…
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda. (Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.

Cara terbaik untuk menghindari dari dicintai dan dipengaruhi oleh jin betina atau jin asyik ini ialah dengan memperbanyakkan amalan agama, tidak tinggal solat, rajin membaca al Quran, sentiasa berzikir dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Elakkan dari memyimpan atau menggunakan benda2 pelik seperti barang-barang lama, cincin yang dijampi serapah, mempercayai perkara khurafat, melakukan amalan syirik dan jauhi perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

Wallahua’lam

More about20 Tanda Seorang Lelaki Itu Dicintai Jin Betina

Serius Comel! Inilah Awek Cute Yang Bakal Menggugat Fatin Liyana dan Hana Tajima!

Inilah awek yang dikatakan bakal menggugat kepopularan Fatin Liyana dan Hana Tajima..hukhukhuk..amacam comel tak? korang rasa kalau budak ni dah besar nanti..konfem lawa kan..untunglaaa..ni mesti terikut-ikut gaya Fatin Liyana dan Hana Tajima ni..tu yang bertudung macam tu..



More aboutSerius Comel! Inilah Awek Cute Yang Bakal Menggugat Fatin Liyana dan Hana Tajima!

Ngeri, Inilah Kesan Selepas Dipatuk Ular Berbisa!

Wednesday, 27 June 2012

Inilah gambar dimana ibu jari seorang manusia telah digigit oleh seekor ular berbisa, tidak diketahui jenis ular yang mengigit jari manusia ini. Ngeri sungguh hati ini melihat.






P/s : Jangan main dengan ular la ya.

More aboutNgeri, Inilah Kesan Selepas Dipatuk Ular Berbisa!

Alhamdulillah, Bob Lokman Kini Stabil!

Sunday, 24 June 2012


Alhamdullillah... Kini Bob Lokman sudah kembali stabil dan dipindahkan ke wad biasa Hospital Taiping. Mohon doakan untuk kesihatan beliau, Beliau mengadu sesak nafas awal pagi tadi..

More aboutAlhamdulillah, Bob Lokman Kini Stabil!

Cara Buat Pelawat 'Share' Artikel Dahulu Baru Dapat Baca Blog!

Saturday, 23 June 2012


Khas untuk pengguna blogger.com, masih ramai yang tidak mengetahui cara untuk 'lock' apa sahaja artikel blog anda. Maksud lock disini adalah  pelawat yang mahu membaca entry blog anda haruslah menekan butang share terlebih dahulu dan kemudian barulah pelawat tersebut dapat membaca artikel blog anda. Jika tidak, pelawat tersebut hanya dapat melihat butang share dan tweet sahaja dan tidak akan dapat membaca artikel hangat anda.

Cara ini mungkin akan menambahkan bilangan share pada artikel blog anda, dan bila ramai yang klik 'share' pada blog anda, maka seharusnya ramailah pelawat yang akan bertandang ke blog anda setelah melihat rakan mereka telah berkongsi artikel anda di laman facebook.

Dingatkan disini, untuk fungsi twiter, ia berfungsi dengan lebih sempurna jika blog anda ialah domain.com atau dipanggil domain berbayar. Namun, yang berdomain .blogspot masih boleh memakai widget ini.
 
Tapi bagaimana mahu menambah widget ini ke blog anda, ikuti langkah di dalam txt ini. sila download dan lakukan apa yang ditulis disitu.


Gud luck Gurlz.

More aboutCara Buat Pelawat 'Share' Artikel Dahulu Baru Dapat Baca Blog!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...