Kenyataan Terbaru Erra Fazira, Rumahtangga Retak Menanti Belah?

Monday 9 July 2012


Jika sebelum ini, ada khabar angin yang mendakwa kononnya rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran sedikit bergoyang dan berjaya ditenangkan, namun kenyataan terbaru Erra lain pula ceritanya.

Kenyataan Erra seolah-olah mengiyakan spekulasi yang wujud hampir setahun lalu di mana mereka berdua didakwa tidak sehaluan lagi. Malah kenyataannya itu pada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini seakan bermaksud redha dengan apa pun situasi yang berlaku selepas ini.
“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Emran enggan mengulas lanjut maksud kenyataan Erra dan tidak mahu memberikan sebarang komen mengenainya apa yang tersirat.
“Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,” ujar Emran kepada media.
Kesimpulannya, apakah yang berlaku dengan rumah tangga mereka? Mengapakah di laman Twitter Erra dan Emran tiada lagi gambar mereka berdua ataupun bertiga bersama Engku Aleesya melainkan gambar perseorangan?

Benarkah hubungan mereka kini bagai retak menanti belah? Doa kita, semoga apa yang kusut dapat dipulihkan kembali demi anak kesayangan yang semakin membesar. Ingatlah... Islam tidak menggalakkan perpisahan kerana ia hanya akan mengakibatkan implikasi dan permasalahan yang lebih besar dikemudian hari. via

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...