Lelaki Ini Sanggup Mengahwini Mayat Teman Wanitanya Kerana Cinta!

Monday 9 July 2012


Seorang lelaki di thailand membuat keputusan serius apabila mahu berkahwin dengan teman wanitanya yang sudahpun meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya sehari sebelum majlis perkahwinan mereka. Chadil Deffy yang berusia 28 tahun itu mengahwini Sarinya Kamsook yang berusia 29 tahun dan semasa majlis perkahwinan, mayat Sarinya Kamsook dibawa bersama untuk menyarungkan cincin.

Lelaki ini sanggup berkahwin dengan mayat teman wanitanya itu kerana mahu membuktikan dan juga mahu memenuhi janji cintanya terhadap wanita yang sudah meninggal dunia itu.

Kemalangan yang dialami Sarinya  itu sangat dahsyat dan meninggalkan kesan teruk terhadap badan Sarinya. Sebenarnya, dia masih dapat diselamatkan dengan rawatan perubatan yang tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, doktor yang bertugas terpaksa membiarkan mereka menunggu selama 6 jam kerana ICU yang padat dan tidak pula memindahkan Sarinya ke hospital lain.

Semasa pengkebumian di Surin, Thailand, Chadil Duffy meletakkan cincin di jari pengantin perempuan si mati. Iaitu ternyata satu majlis perkahwinan / pengebumiannya, salah satu peristiwa yang jarang ditemui di dunia.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...