3 Perkataan Yang Boleh Merosakkan Hubungan, Jangan Gunakannya!

Wednesday, 11 July 2012


Terdapat tiga perkataan yang sering dibualkan dalam kehidupan seharian yang mempunyai potensi besar sebagai perosak hubungan. Ketahui tiga perkataan ini agar tidak menggunakan secara salah kepada pasangan anda, bagi mengelakkan terganggunya hubungan yang sekian lama terjalin.

1. TETAPI
Perkataan 'TETAPI' atau 'TAPI' biasanya digunakan di awal atau pertengahan ayat, memadamkan maksud apapun yang diperkatakan sebelumnya. Perkataan ini berfungsi sebagai 'pemadam'. Ertinya, ketika anda berbual dengan pasangan anda tentang beberapa perkara dan kemudian diucapkan kalimah 'TETAPI', maka ucapan anda sebelum itu tidak lagi jadi bermakna.

Contohnya, "Saya mahu buat semua itu, tapi...". Okay, niat anda untuk melakukan sesuatu tidak lagi bermakna selepas perkataan "TAPI" itu muncul. Disarankan, sebaiknya anda gantikan 'TETAPI' dengan perkatan 'DAN' atau 'JADI'.

2. TIDAK
Perkataan 'TIDAK' atau 'TAK' lebih cenderung membawa maksud negatif. Cubalah untuk mengucapkan perkataan yang lebih bermakna positif. Ucapan seperti ini misalnya, "Saya tidak mahu ikut awak ke sana" ada baiknya digantikan dengan ayat yang lebih bernuansa positif, "Saya akan tinggal di rumah saja hari ini".

3. AWAK
Tinggalkan kebiasaan mengucapkan perkataan 'AWAK' atau 'KAMU' di awal ayat, kerana perkara ini akan kelihatan seperti bossy dan suka memerintah.

Tukar bila terniat mengatakan "Awak patut..." dengan mengucapkan "Saya rasa awak patut...". Cubalah untuk tidak bersikap mendominasi atau memerintah semasa berkomunikasi, termasuk dengan pasangan anda.

Kebiasaan berkomunikasi dengan perkataan dan juga bahasa yang lebih positif akan menghasilkan percakapan yang lebih produktif, dan lebih intim. Imbas kembali cara anda dan pasangan anda berkomunikasi. Jika masih terdapat tiga perkataan ini, cubalah untuk mengubah dengan cara yang lebih bersesuaian. Percayalah, dengan mengambil berat tentang hal ini, hubungan anda dan pasangan akan menjadi lebih intim dan mesra.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...